Kisah Iblis memimpin lelaki ke masjid - Beritahu

Informasi segenap lapisan

Kisah Iblis memimpin lelaki ke masjid


Di dunia ini, manusia yang baik sentiasa mendapat perhatian dari iblis. Pemandangan mereka menjurus kepada melakukan perkara yang lebih baik lagi. Dengan cara ini sekurang-kurangnya mampu menerbitkan bibit-bibit keegoan dalam diri seseorang itu.

Seandainya kita mampu membantu orang secara ikhlas sama ada sembunyi atau nyata, iblis akan cuba menjadikan setiap perbuatan baik kita itu dengan lebih indah dirasai oleh kita. Ini mampu dizahirkan apabila kita mendapat puji-pujian daripada orang lain. Contohnya apabila kita membantu tuan majikan kita menukar tayar keretanya yang bocor di suatu jalan raya, sudah tentu kita akan mendapat pujian dari majikan dan mungkin hal ini disampaikan olehnya dalam suatu pengumuman atau majlis sehingga boleh timbul rasa bangga diri kerana dipuji oleh majikan di depan kakitangan yang lain. Sedikit sebanyak ini boleh menimbulkan rasa riak di hati tanpa disedari.



Seandainya ia tidak diubati segera, dari hari ke hari apa sahaja perkara baik yang kita lakukan, seboleh-bolehnya mahu dilihat oleh majikan, paling tidak aku dapat pujian atau menjadi pekerja cemerlang di mata majikan. Sebaliknya pekerjaan menjadi semakin tidak ikhlas dilakukan apabila majikan tidak nampak apa yang kita sedang kerjakan. Oleh itu banyak-banyak beristighfar apabila kita dipuji, sebutlah Alhamdulillah selalu kerana jika tidak diizinkanNya, kita sebenarnya tidak mampu melakukan apa sahaja atau tidak mampu membantu sesiapa pun.

Jadi iblis akan sentiasa cuba mencari jalan penyelesaian yang lebih baik agar kita tidak beroleh Rahmat Allah atau benar-benar terpesong dari akidah sebenar, nau'zubillahi minzalik.


Alkisah, ada seorang lelaki yang tinggal bersendirian. Beliau seorang muslim yang cinta kepada masjid. Umurnya hampir 100 tahun tetapi kecintaannya kepada masjid tidak pernah lekang di hati sejak awal balighnya. Makin tua makin bertambah cintanya kepada masjid kerana Allah. Hampir setiap waktu beliau akan awal ke masjid sebelum berkumandangnya azan.



Dipendekkan cerita, pada suatu waktu sebelum azan solat Zohor berkumandang, hujan tiba-tiba turun sangat lebat. Sepanjang jalan dipenuhi air. Apabila hujan lebat berterusan hingga menyebabkan beliau nampak sukar untuk berjalan ke masjid. Namun sedikit pun tidak mematahkan semangat beliau untuk ke masjid yang berada di jalan utama berhampiran rumahnya. Setelah memakai pakaian lengkap untuk menunaikan solat, beliau pun bergerak menuruni tangga rumahnya. Beliau menyusuri lorong rumahnya hingga ke jalan utama. Sampai sahaja di suatu tempat, tiba-tiba sebuah kereta melanggar lopak air yang menyebabkan air tempias mengena kain yang dipakai oleh lelaki tersebut sehingga basah kuyup.


Tanpa banyak berfikir, lelaki tersebut terus berpatah balik untuk menukar kain pelikatnya. Dengan sepantas kilat beliau sekali lagi berada di atas jalan raya. Hampir kali ini beliau lebih berhati-hati sehingga hampir 300 meter menghampiri masjid, sebuah lori entah datang dari arah mana, menepelak beliau dan sekali lagi pakaiannya basah keseluruhannya.


Tanpa berfikir cara lain, lelaki yang hampir sampai ke masjid ini bergegas balik ke rumahnya walhal hujan semakin lebat. Di rumah, beliau terus menukar selengkapnya pakaian solat barunya. Sedang beliau ingin mengenakan lebai putih yang baru dibasuh semalam di kepalanya, tiba-tiba beliau terdengar suara orang memberi salam. Pada mula difikirnya mungkin mainan perasaan tetapi ucapan salam kali ketiga diberikan oleh seseorang itu sangat jelas didengarinya walaupun bunyi hujan yang mengenai atap zink rumahnya hampir mustahil boleh mendengar suara orang memberi salam jika berada di luar rumahnya.



Beliau terus berjalan ke pintu rumahnya. Apa yang dilihatnya, terdapat seorang pemuda berjubah lengkap berwarna merah siap berpayung seolah-olah sedang menunggunya di luar. Lalu beliau menegur pemuda itu dan bertanya apa yang dihajatinya. Pemuda yang kelihatan sangat bersopan dan putih mukanya itu terus menyampaikan hajatnya untuk menemani lelaki tersebut ke masjid. Alangkah rasa gembira lelaki tersebut apabila pemuda itu sanggup menemani dan memayungi beliau ke masjid.


Apabila sampai sahaja di luar masjid pemuda tersebut memberhentikan perjalanannya. Lelaki tersebut tergamam dan bertanya kenapa. Lalu pemuda tersebut sambil tersenyum dan dengan jelas menjawab bahawa dirinya ialah iblis. Apa lagi, rasa terkejutlah lelaki yang dipayungi iblis ke masjid itu.



Persoalan mula bermain di kepala lelaki tersebut, kenapa iblis memayungi dan sanggup menemaninya ke masjid??

Lalu dengan senyum sinis iblis menjawab, setiap kali engkau ke masjid, setiap langkahmu menghapuskan satu dosa dan menambahkan satu rahmat. Sejak itu iblis memikirkan agar engkau tidak mampu ke masjid dengan mencoba lelaki tersebut dengan berbagai rintangan. Apabila kali ini hujan lebat turun, iblis merasakan mungkin inilah masa yang paling sesuai menggagalkan perjalanan lelaki itu ke masjid.



Namun lelaki tersebut tetap ingin meneruskan niatnya menunaikan solat di masjid. Lalu iblis berpakat mengenakan tempias hujan yang banyak agar kainnya basah kuyup lalu membatalkan niatnya untuk ke masjid. Sebaliknya setiap kali lelaki tersebut terkena tempias air, iblis nampak dosa-dosanya berguguran dan  lelaki tersebut beroleh rahmat berlipat kali ganda dariNya. Iblis menangis kerana lelaki tersebut gah ingin ke masjid dan hingga kali kedua usahanya masih gagal, bertambah sedihnya iblis sehingga mengalir air mata darah.

Untuk menyelamatkan lelaki tersebut dari terus mendapat rahmatNya, iblis bertekad memberi khidmat memimpin lelaki tersebut untuk sampai ke masjid dengan selamat dan tanpa basah sedikit pun.

"Itulah sebab aku tolong kau lelaki", kata iblis.

1 Komentar untuk "Kisah Iblis memimpin lelaki ke masjid"

T3rpercay4, Berpengalaman, CS ramah dan online 24 jam.
Gabung dengan kami (upd4te 8ett1n9) dan dapatkan cashback 3% setiap minggunya.


Back To Top