Influenza bukan biasa-biasa - Beritahu

Informasi segenap lapisan

Influenza bukan biasa-biasa


Pengesanan awal simptom influenza boleh mengelakkan penyebaran virus dan mampu merawat penyakit sebelum menjadi lebih teruk lagi. Tanda-tanda awal influenza tersebut ialah :-

  • Keletihan yang melampau
  • Sakit badan atau menggigil
  • Batuk
  • Sakit tekak
  • Demam
  • Masalah Gastrointestinal
  • Sakit kepala


Kebiasaannya Influenza atau selesema ini adalah berkaitan masalah pernafasan yang disebabkan oleh virus. Ia sangat mudah merebak dan biasanya disebarkan oleh batuk dan bersin oleh orang yang dijangkiti. Flu ini juga boleh berjangkit melalui sentuhan orang yang dijangkiti, contohnya berjabat tangan.

Dewasa yang dijangkiti mengambil masa 1 hingga 2 hari sebelum menyedari simptomnya sehingga 7 hari selepas jatuh sakit. Maknanya anda boleh menyebarkan virus influenza sebelum anda tahu anda dijangkiti.


Simptom influenza ini boleh dikenalpasti melalui kenaikan suhu badan secara tiba-tiba yang menyebabkan peluh sejuk dan menggigil. Sakit kepala yang berterusan, sakit sendi dan kaki terasa letih dan kondisi badan yang sangat letih.

Jangkitan virus yang menyebabkan flu ini, tidak boleh diatasi dengan antibiotik. Melainkan selsema disebabkan penyakit lain yang menghasilkan bakteria.


Selsema yang dialami pesakit influenza akan menjadi semakin teruk. Keadaan ini bergantung kepada tahap kesihatan dan fizikal seseorang kerana setiap pesakit tidak sama tindak balas terhadap virus tersebut. Tahap kesihatan keseluruhan anda yang akan menentukan sejauh mana gejala tersebut sama ada ringan atau teruk.

Dapatkan rawatan segera sekiranya anda mengalami simptom influenza seperti di bawah ini :-

  1. Sakit dada
  2. Kesukaran bernafas
  3. Kulit dan bibir kebiruan
  4. Dehidrasi
  5. Pening dan serabut kepala
  6. Demam berulang
  7. Batuk yang teruk



Rawatan Influenza

a. Dapatkan dos ubat

Seorang doktor akan menetapkan pengambilan ubat oseltamivir (Tamiflu) dan zanamivir (Relenza), bergantung keadaan. Pada tahun 2018, Pengurusan Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA) meluluskan ubat baru dikenali marboxil (Xofluza) untuk flu yang tidak rumit. Caranya satu dos pengambilan ubat tersebut ke dalam mulut. Rawatan ini dibenarkan hanya untuk :-

i. mereka yang berumur 12 tahun ke atas
ii. gejala berlaku kurang daripada 48 jam

Kesan mungkin berlaku daripada pengambilan dos tersebut termasuklah cirit-birit dan bronkitis.


b. Ubat kelegaan sakit

Ia dapat mengurangkan sakit kepala dan badan. Ia boleh didapati banyak dalam pasaran. Adalah penting untuk membandingkan produk yang berbeza dan hanya mengambilnya di bawah nasihat seorang doktor yang bertauliah. Berhati-hati, sesetengah ubat penahan sakit seperit aspirin tidak sesuai untuk kanak-kanak di bawah 12 tahun.


Rawatan di rumah

Pesakit yang mengalami flu hendaklah :-

  1. duduk di rumah sahaja, tiada aktiviti luar.
  2. elakkan berhubung dengan sesiapa bergantung keadaan
  3. panaskan badan dan rehat
  4. mengambil air yang banyak
  5. tidak dibenarkan merokok atau minum air beralkohol.

Individu yang hidup bersendirian, pastikan anda memberitahu ibu bapa, saudara-mara atau jiran hal ini agar boleh mendapat bantuan ke hospital dan hal-hal lain.


Risiko selsema

Kebiasannya flu akan menyebabkan keadaan tidak senang dan ia tidak teruk. Namun sesetengah orang boleh berlakunya komplikasi yang lebih teruk. Kecenderungan ini boleh berlaku kepada bayi atau anak kecil, orang tua yang uzur, pesakit jantung, asthma, bronkitis, buah pinggang, diabetes, pengambil steroid, kanser dan lain-lain lagi.


Komplikasi influenza yang teruk akan menyebabkan pneumonia bakteria, dehidrasi, semakin teruk keadaan pemyakit kronik seperti kegagalan fungsi jantung, asthma atau diabetes. Komplikasi kanak-kanak pula mungkin berlakunya masalah sinus dan jangkitan pada telinga.


Jenis influenza

Terdapat tiga jenis influenza :-

  1. influenza A
  2. influenza B
  3. influenza C

Influenza A dan B menyebabkan wabak bermusim di A.S. dan Eropah hampir setiap musim sejuk. Manakala Influenza C menyebabkan penyakit pernafasan ringan dan tidak berlakunya wabak penyakit.

Ambil tindakan segera setelah menyedari simptom influenza. Jangan tunggu sudah teruk, baru dapatkan rawatan. Ingat, mencegah lebih baik daripada merawat. Sayangilah diri anda.


0 Komentar untuk "Influenza bukan biasa-biasa"


Back To Top