Tips paling win nak dekat periksa ni - Beritahu

Informasi segenap lapisan

Tips paling win nak dekat periksa ni



Sebut 'exam', macam-macam boleh kita tafsirkan. 'Exam" atau peperiksaan adalah suatu ujian untuk menguji sejauh mana tahap penguasaan sesorang itu mengenai sesuatu yang dilalui atau dipelajarinya. Biasanya ia dinilai beberapa kali sehingga ke ujian akhir sama ada bertulis atau lisan.

Kalau dilihat, ujian bertulis sangat menguntungkan untuk mereka yang telah membuat persiapan sebelum berlangsungnya peperiksaan.



Bagaimana pula dengan mereka yang tidak bersedia? Itulah sebabnya peperiksaan ini hanya menguntungkan mereka yang telah bersedia sahaja, yang belum membuat persediaan terpaksalah 'menghadapnya' juga.


Baiklah semasa saya menulis ini, UPSR baru sahaja habis. Yang tinggal hanyalah PT3, SPM dan STPM. Jadi, tidak kira apa pun sekarang, yang penting bagaimana menghadapi peperiksaan yang bakal menjelang bulan Oktober ini?

PT3 ada dua minggu lagi. Masa semakin suntuk. Langkah pertama, fokus pada mata pelajaran yang selalu gagal.

1. Beli buku kerja terkini

Nak tak nak, usaha jugalah untuk mendapatkan naskah terkini buku kerja tersebut. Bukan mahal pun, biasanya dari RM3.50 hingga RM10.00. Sehari belanja poket RM4.00, takkan tak mampu kot?

Ok dah selesai beli, buat latihan ikut keutamaan. Contohnya subjek paling lemah ialah Bahasa Melayu, kedua lemah Matematik, ketiga lemah Sains, keempat lemah Bahasa Inggeris.

2. Buat jadual ringkas

Buat jadual ringkas. Contohnya dua jam setengah siang dan tiga jam malam. Sebaik siang ada Matematik dan Sains. Manakala Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di sebelah malam. Atau anda susun jadual ikut keselesaan masing-masing. Jangan abai waktu Bahasa Melayu, jika kita lemah. Patuhi jadual jangan engkar.



3. Cara fokus subjek tertentu

Untuk Matematik buat minima 20 soalan. Yang tidak boleh jawab boleh tanya atau wasap kawan. Atau simpan untuk ditanya kepada guru keesokannya. Ingat, kira 20 soalan yang boleh dijawab, yang tak boleg jawab jangan kira. Cari soalan yang mudah dijawab, buat banyak kali sebab soalan mudah datang dalam pelbagai bentuk. Sekali-sekala terjah soalan sederhana dan kadang-kadang sahaja yang susah.



Bagi subjek Sains, guna pendekatan skimming buku kerja, jawab soalan yang mudah dahulu, kemudian baru rujuk jawapan. Lepas itu buat modul lain dalam buku kerja tersebut. Habis dua atiga modul, buat semula modul satu semula dan seterusnya. Uji minda dengan tidak melihat skema jawapan sehingga habis modul. Jawab modul ikut masa ditetapkan. Kalau sudah habis satu buku kerja, ulang semua sekali dua lagi sebelum beli buku kerja baru.



4. Hari-hari buat karangan
Rajin-rajin menulis karangan sama ada Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris, satu hari satu karangan. Selang dua hari serah pada guru untuk semakan. Kalau cikgu tak layan, cari kawan, orang lebih tua, adik beradik yang pandai menyemak walau secara sepintas lalu.


5. Malas ulangkaji Bahasa Inggeris, jangan takut

Ini cara paling lekeh, setidak-tidak minat tengok televisyen. Buka berita TV3 jam 8 malam, cuba faham semua berita tersebut. Jam 12 tengah malam buka News Nightline. Cuma ambil beberapa perkataan, hadamkan. Satu hari satu perkataan. Atau ada siaran drama, telemovie, rencana yang ada terjemahan, ambil remote astro tekan dwibahasa ke Bahaaa Inggeris.

*6. Malas buat ulangkaji

Inilah ikhtiar terakhir anda. Ambil semua buku latihan dan buku kerja (hak milik kita), himpun satu tempat, letakkan di satu kawasan lapang dan tidak diketahui orang. Perlahan-lahan, hidupkan mancis api dan bakar semua himpunan tersebut. Selepas sejam bakar, ambil sedikit abunya masukkan dalam satu gelas yang berisi air, baca Bismillah dan minum. Selesai.

Semoga anda menghadapi peperiksaan dengan tenang serta beroleh kejayaan yang cemerlang, Aamin.

(Semua di atas boleh diiikuti kecuali yang ada tanda * ).


1 Komentar untuk "Tips paling win nak dekat periksa ni"

Izin promo ya min^^
Kalah melulu main di tempat lain? Daftar disini saja Upd4te Bett1n9


Back To Top