Resepi Roti Nan Cheese Leleh Homemade terlajak sedap - Beritahu

Informasi segenap lapisan

Resepi Roti Nan Cheese Leleh Homemade terlajak sedap


300 tepung gandum
1/2 sudu (biasa) yis
2 sudu (biasa) gula pasir
1 sudu kecil garam halus
2 sudu besar yogurt*
1 sudu kecil serbuk penaik/baking powder
80-100 ml susu segar suam
3 sudu besar minyak jagung
Cheese mozarella yang diparut

Cara memasak

1. Campurkan tepung gandum, yis, gula pasir, garam halus, yogurt, serbuk penaik dan gaul campuran tersebut hingga sebati.

2. Masukkan susu segar suam dan dan minyak jagung ke dalam campuran tadi sedikit demi sedikit dan uli hingga adunan licin 10-15 minit. Kemudian tutup adunan dengan kain putih basah dan biarkannya selama lebih kurang 45 minit pada suhu persekitaran 35 darjah celsius.



3. Adunan yang telah naik itu dibahagikan kepada bulat-bulat kecil (doh) 80g. Taburkan sedikit tepung untuk mendapat bulat yang sempurna. Kumpulkan semua doh dalam satu tempat dan tutup dengan kain basah selama 10 minit.

4. Ambil satu penggelek (roller) dan gelekkan doh tersebut sehingga leper roti canai. Masukkan parut cheese mozarella di tengah-tengah dan tutup semula (seperti pau) dan uli pelan membentuk doh bulat semula.



5. Ambil semula penggelek dan lenyekkan doh tersebut perlahan-lahan agar isi cheese tidak terkeluar. Selesaikan semua doh tersebut.

6. Panaskan non stick pan. Tidak perlu diisi minyak dan biarkan nyalaan api perlahan atau sederhana sahaja (jangan kuat).



7. Masukkan roti tadi ke dalam non stick pan serta tutup dengan penutup. Sekali sekala buka dan belek roti tersebut. Jika menggelembung, leperkan roti tersebut.


8. Selepas beberapa minit, bolehlah keluarkan roti nan dari kuali stick pan tersebut.



9. Hiaskan roti nan tersebut dengan cheese putih dan oren di atas permukaan nan cheese tersebut. Nan Cheese leleh sudah sedia untuk dihidangkan. Bon appetite.

1 Komentar untuk "Resepi Roti Nan Cheese Leleh Homemade terlajak sedap"

Izin promo ya min^^
Kalah melulu main di tempat lain? Daftar disini saja Upd4te Bett1n9


Back To Top