Cara masak Mi Maggi Tomyam cara sihat - Beritahu

Informasi segenap lapisan

Cara masak Mi Maggi Tomyam cara sihat


Kali ini saya akan kongsi bersama anda, satu resepi yang tidak asing lagi dalam hidup, iaitu Mi Maggi Tomyam. Resepi ini nampak mudah dimasak, rendam, lepas 5 minit boleh makan sudah.



Di kalangan pelajar asrama baik peringkat sekolah atau universiti, Mi Maggi menjadi makanan rutin. Tengahari Mi Maggi Kari, malam pula Mi Maggi Tomyam. Maklumlah nak cepat, jadi junkfood atau makanan segera seperti Mi Maggi ini adalah pilihan tepat kerana masa itu emas.



Justeru itu, saya telah membuat sedikit kelainan dalam cara memasak mi Maggi Tomyam. Ini kerana kandungan lilin yang ada pada mi itu sendiri boleh mendatangkan kemudaratan kepada perut. Boleh rujuk cara memasak Mi Maggi Tomyam ini nanti.

Mi Maggi Tomyam masak secara sihat ini sesuai dimakan untuk 5 hingga 8 orang.



Bahan-bahannya :-

4 bungkus Mi Maggi Tomyam saiz besar
1 biji bawang Holland dipotong kecil
1 biji kentang (dikupas dan dipotong memanjang dan dikerat dua)
1 biji tomato (dipotong)
3 sudu besar sos tiram maggi
3 biji telur ayam (ambil putih telur sahaja, dikacau sama rata dalam mangkuk kecil)
1 sudu besar gula pasir

1 jag penuh air panas
1 jag air masak biasa


 


 





Cara memasak Mi Maggi Tomyam
  1. Tuangkan air panas dalam mangkuk besar, masukkan semua Mi Maggi Tomyam dan rendamkan selama 5 minit. Selepas 5 minit toskan air dan basuhkan sedikit dengan air masak. Biarkan mi dalam keadaan kering (ditos).
  2. Panaskan kuali, tuangkan satu jag air masak. Masukkan kentang dan bawang Holland. Biarkan sehingga kuali mendidih.
  3. Masukkan 2 1/2 perisa Mi Maggi Tomyam sudah memadai, ke dalam kuali. Diikuti sos tiram dan gula. Kacau kuali.
  4. Seterusnya masukkan putih telur dan biarkan mendidih selama beberapa minit. Akhir sekali masukkan hirisan tomato.
  5. Akhir sekali, Mi terus dimasuk dalam mangkuk dan cedokkan kuah tomyam dari kuali ke dalam mangkuk tersebut. Kacau dan bon appetite.
Mi Maggi Tomyam cara sihat sudah siap. Boleh dihidangkan bersama minuman air teh panas, em sedapnya. Nah Mi Maggi sedap dimasak senang dimakan ini mengurangkan risiko daripada memakan kandungan lilin pada Mi Maggi tersebut.



1 Komentar untuk "Cara masak Mi Maggi Tomyam cara sihat"

Ragu sama k0mun1ta$ b0L4 aBaL-aBaL.?
D1sini saja, dijamin 4man dan terpercay@.. m3nan9 b3rap4pun p4st1 kam1 proseskan..!!


Back To Top