Merdeka yang dipertahankan ini semakin hari semakin mencabar - Beritahu

Informasi segenap lapisan

Merdeka yang dipertahankan ini semakin hari semakin mencabar


Malaysia tanah tumpah darahku. Di sini tempatku tiada lain yang seindah negaraku, Malaysia. Sejauh mana pergi, akhirnya balik ke lubuk jua. Senang cerita pi mai pi mai, tang tu le jugak. Jadi ungkapan cerita sinetron ni mengingatkan kita kepada cerita Flat Seri Wangi suatu ketika dulu yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti kaum Melayu, India dan Cina. Berpuluh episod ditayangkan di kaca televisyen, namun tak jemu kita menontonnya.

Kita boleh duduk dan berkongsi negara secara aman sejak berpuluh tahun dahulu. Sehingga British datang menjajah menguji perpaduan untuk merdeka, kita tetap utuh menyahut cabaran untuk hidup bersama, inilah pengorbanan.



Tanah Melayu didiami tiga kaum utama yang hidup dengan penuh aman dan sentosa selalu. Sehingga Dato' Onn Jaafar yang mencetuskan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) atau United Malays Nation Organisation (UMNO) keluar parti kerana idea beliau untuk membuka keahlian kepada kaum lain ditentang oleh orang Melayu. Ini menunjukkan betapa kentalnya orang Melayu yang pada mulanya ingin menentang British bersendirian namun kehadiran kaum India Cina diketepikan.



Secara tersurat idea British untuk mengukuhkan ekonomi Tanah Melayu adalah untuk memajukan negara ini namun sebenarnya adalah untuk mengaut keuntungan semata-mata. Hasil bahan mentah bijih timah dieksport ke England disebabkan berlakunya revolusi perindustrian di sana kerana bijih timah diperlukan untuk menghasilkan tin makanan ketika itu dan sebagainya.

Dalam keghairahan mereka mengaut hasil kekayaan Tanah Melayu, kita sedar betapa perjuangan menentang penjajahan tidak boleh dilakukan bersendirian semata-mata.



Dengan kehadiran kaum India dan Cina dari Negara India dan China ke Tanah Melayu pada waktu itu, mereka telah dibahagikan ke sektor masing-masing. British menjanjikan kekayaan kepada mereka namun hakikatnya kaum India bekerja di ladang estet dan kaum Cina terlibat dengan perniagaan di bandar. Apabila ramai di antara mereka mengetahui tipu daya British ini, hampir sebahagian kaum Cina balik ke negara asal mereka, China.



Sehinggalah Tanah Melayu merdeka pada 31 Ogos 1957, kita masih setia bersama untuk membentuk sebuah negara merdeka yang berdaulat. Penggabungan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak membentuk Malaysia pada tanggal 16 September 1963 sedikit sebanyak memberi kesan yang positif kepada pentadbiran negara pada waktu itu. Gah kita pada waktu itu walau mendapat tentangan yang hebat dari Indonesia dan Filipina. Namun semangat untuk menjadi sebuah negara yang berdaulat mengatasi segalanya.


Tahniah kepada semua kita kerana sudah 62 tahun kita merdeka. Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 62 tahun yang sangat meriah diseluruh negara menandakan kita sudah merdeka dari penjajahan British dan penjajah lain. Merdeka yang dipertahankan ini semakin hari semakin mencabar.

Kenapa mencabar ye?



Orang ada mengatakan, nak menang suatu perlawanan pun susah tapi untuk mempertahankannya lagi susah. Betullah kata orang itu, hanya yang kental sahaja yang mampu bertahan.


Slogan Saya sayang Malaysia, ada hikmah di sebaliknya. Ke hadapan seluruh rakyat Malaysia, sedarilah anda semua kerana inilah negara kita, tiada negara lain sudah. Di sini bumi di pijak di sini langit dijunjung. Justeru, pertahankanlah keamanan dan keharmonian yang telah dibina sekian lama. Buangkanlah rasa kekitaan sahaja kerana ia tidak memberi kelebihan kepada sesiapa pun kerana kita adalah terdiri daripada tiga kaum utama. Berpeganglah pada janji seperti yang pernah nenek moyang kita janjikan dahulu. Janganlah berpecah kerana ia tidak menguntungkan sesiapa malahan merugikan semua kaum. Ingat natijah buruk menanti kita jikalau berpecah, Dan ingat, jangan biarkan pisang berbuah dua kali.

Kepada seluruh rakyat Malaysia, Selamat menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 62 Tahun, Saya Sayang Malaysia.

1 Komentar untuk "Merdeka yang dipertahankan ini semakin hari semakin mencabar"

Adm1n izin prom0 ya^^
Yuk teman-teman P3cinta B0la Dukun9 Te4m Jag0an Kalian di upd4te 8ett1n9..


Back To Top