Australia balas dendam terhadap Malaysia - Beritahu

Informasi segenap lapisan

Australia balas dendam terhadap Malaysia



Selangkah lagi Malaysia akan bergelar juara. Namun yang menunggu di pentas akhir, Australia bukan calang-calang lawan. Ini merupakan pertemuan kali kedua apabila kedua-dua pasukan adalah dalam kumpulan B. Terdahulu, Malaysia menewaskan Australia dengan jaringan 3-0. Semua gol dijaringkan pada separuh masa pertama.



Seandainya Australia menebus kekecewaan, perlawanan terdahulu itu tidak boleh dijadikan ukuran kerana inilah masa untuk mereka membalas dendam terhadap Harimau Malaya Muda. Australia yang cemerlang dari awal saingan hanya kalah sekali kepada Malaysia dalam saingan kumpulan B. 



Di saingan separuh akhir, Malaysia mengalahkan Indonesia 4-3. Jaringan 3-3 terikat sehingga masa tambahan di minit 104, jaringan kejuaraan melalui tandukan Harith Haiqal Adam memecah kebuntuan dan mengakhiri berbalas gol oleh kedua-dua pasukan.




Sementara itu, Australia menewaskan Myanmar 2-1 dalam satu lagi pertembungan separuh akhir. Myanmar selaku naib johan kumpulan B mengejutkan Australia dengan jaringan 1-0 sebelum kedudukan terikat 1-1 sehingga tamat separuh masa pertama. Sambung di babak separuh masa kedua, Australia memastikan kemenangan milik mereka apabila berjaya menyambar masuk sepakan sudut ke gawang gol lawan untuk keputusan 2-1.



Perlawanan akhir Kejohanan AFF Bawah 19 Tahun 2019 adalah peluang kedua bagi Australia untuk menebus kekalahan mereka di tangan Malaysia pada peringkat Kumpulan B tempoh hari. Malaysia turun selaku penyandang juara 2018 akan memastikan kemenangan mutlak milik mereka seiring dengan kejayaan Harimau Malaya Bawah 15 tahun yang telah berjaya menjulang trofi Kejuaraan AFF Bawah 15 Tahun pada dua minggu yang lalu di Thailand apabila berjaya menewaskan tuan rumah 2-1 di perlawanan akhir. Syabas Harimau Malaya.





0 Komentar untuk "Australia balas dendam terhadap Malaysia"


Back To Top