Tips nak tahu bagaimana anak bijak ke tidak? - Beritahu

Informasi segenap lapisan

Tips nak tahu bagaimana anak bijak ke tidak?


Bagaimana nak tahu anak genius atau tidak? Ha ni ada beberapa tips yang boleh dikongsi bersama. Buat pemerhatian lihat si kecil anda yang berumur diantara satu hingga 12 tahun.

Terlihat kekadang anak suka main kotor seperti lumpur dan menconteng dinding rumah, ibu mana yang tak rasa nak marah, betul? Jadi dalam pada itu, ada hikmahnya. Di situlah sel-sel otak mereka berhubung yang membentuk pelbagai prototaip dengan apa situasi yang telah, sedang dan akan dihadapi mereka.

Dalam lingkungan usia satu hingga 6 tahun, adalah jangka masa untuk mengenali dunia. Semua ingin disentuh dan diusik. Dalam masa yang sama bermulanya proses pertuturan. Dilahirkan dalam keadaan kuat menangis dan kekadang ada yang terkena sawan tangis dan sebagainya kekadang mereka ada yang cepat bertutur dan kekadang lambat berkata-kata sehingga 10 tahun, pun ada.



Apa yang hendak dikupas di sini ialah sikap semulajadi yang ada pada setiap anak-anak, cuba perhatikan. Adakah terdapat ciri-ciri di bawah ini pada anak-anak kita? Jika ia, jangan marah mereka keterlaluan. Bayangkan semasa mereka melakukan aktiviti-aktiviti di bawah ini, sel-sel otak sedang berhubung (aktif). Ia seperti aliran elektrik yang sedang berfungsi memberikan cahaya pada mentol elektrik, membuak gelombang angin pada kipas dan memberikan tenaga elektrik pada peti ais yang menyejukkan. Semua ini memberikan kebaikan kepada kita, bukan? Tiba-tiba, terpadam (blackout), semua sunyi sepi, yang pasti  terasa kepanasan dan sebagainya. Begitulah anak-anak kita, apabila kena marah, sel-sel hubung akan berhenti berfungsi secara aktif. Jika marah keterlaluan, boleh menyebabkan kesedihan, kemurungan. Hasil dari nyahaktif sel-sel yang berhubung tadi, akhirnya anak menjadi kurang aktif kerana tahu akan dimarahi atau dipukul akibat itu.


Jadi lihatlah kepandaian yang ada pada anak anda di bawah ini. Janganlah kisah sangat kalau rumah seperti dilanda ribut atau ditiup angin berterbangan. Anggaplah ia sebagai dugaan kerana Tuhan ingin menguji kesabaran kita. Puas sudah ibu ayah kita dahulu mendidik kita, biarkan mereka pula merasai zaman sepatutnya.

Baiklah lihatlah perkara-perkara di bawah ini, jika ada, ia satu situasi positif untuk mengetahui bagaimana nak tahu anak genius atau tidak. Ini kajian dan hasil kajian kita kongsikan bersama di sini.



1. Anak suka tanya banyak soalan - Biasanya anak akan bertanya tentang perkara yang sedang dialaminya atau dibincangkan secara spontan seperti ayah dah balik? Ni apa? Mama lapar? Nak makan? Dan lain-lain.

Rutin ini akan berterusan dalam satu jangka masa sehingga boleh pertuturannya boleh membentuk satu pola soalan-soalan yang lebih tersusun lagi. Soalan ini akan spontan ditanya berkali-kali, jadi ibu bapa jangan bosan menjawabnya dengan berhemah.

2. Anak suka berlari dan melompat - Ketika ini mereka membentuk kelenturan dan kekuatan otot sambil memperkukuhkan gerakan lompatan dan larian denga cengkaman yang lebih kukuh lagi. Berlari sahaja tidak mencukupi tetapi kita dapat melihat kelajuan yang dihasilkan oleh anak-anak kecil ini. Memang di luar kawalan, untuk itu hadkan kawasan larian sama ada dalam rumah berkunci pintu atau pagar berkunci.


3. Anak suka menyepahkan rumah - Rumah semak dengan barang permainan, baju dan sebagainya hasil kreativiti anak adalah perkara biasa. Ibu atau ayah yang peka tentang kebersihan pasti rasa tidak selesa. Namun hakikatnya inilah masa anak melakukan aktiviti. Mereka menarik keluar banyak pakaian untuk dicuba, bermain pelbagai jenis alat mainan dan mencampak merata-rata, ini memperlihatkan kepekaan kepadanya untuk melakukan pelbagai aksi bersana alat mainan yang ada pada tangan atau aksi pakaian beragam yang ingin dipersembahkannya. Lihatlah anak yang kreatif ini bisa menghiburkan ibu bapa yang rasa marah kerana rumah menjadi sepah.

4. Anak suka bercakap sendiri - Biarkan anak membina pertuturan mereka sendiri. Dalam masa yang sama membina keyakinan dalaman yang membuatkan mereka boleh melakukan sesuatu dengan rasa lebih yakin. Anak yang sebegini adalah mampu bertutur dan boleh melakukan sesuatu tugasan dengan baik sekali apabila diberi kerja kepada mereka kelak.



5. Anak tidak boleh duduk diam - Ibu ayah jangan gusar melihat anak yang tidak boleh duduk diam. Kerana sel-sel otak berhubung yang aktif juga boleh menyebabkan mereka tidak boleh duduk diam dan ia bukannya hiperaktif. Hadkan kawasan pergerakan mereka atau tarik perhatian untuk melukis atau mewarna sesuatu pada kertas agar dapat mengurangkan pergerakan.


6. Anak menconteng dinding - Inilah hasil yang perlu disimpan. Jadi lebih baik, diberikan dinding yang mudah hilang tulisan atau warna yang dilukisnya. Sediakan papan conteng sebagainya agar dapat melihat hasil kerja anak yang kreatif. Anak yang boleh meluahkan sesuatu dalam bentuk lukisan boleh dikatakan anak yang bijak kerana dapat mengolah sesuatu dalam fikiran kepada bentuk lukisan dan sebagainya.

7. Anak petah bercakap - Layan anak yang rajin bertutur kerana waktu ini adalah masa bermula fasa pertuturan. Apabila bertutur seolah seperti berpidato dan pemahaman bahasa, bahagian broca dan wernicke pada otak sedang diaktifkan. Ini sangat penting untuk melihat anak mampu bertutur walaupun tidak difahami namun keinginan untuk bertutur itu ada. Ada juga kekadang anak yang tidak minat bertutur ini, membisu selama beberapa tahun umur kanak-kanak. Ibu bapa tidak perlu gusar sekiranya tanda-tanda anak-anak cerdik yang lain ada pada anak anda, cuma dari segi bertutur itu sahaja lambat sedikit.



8. Anak susah untuk tidur - Anak kecil sebegini biasanya terlalu aktif sehingga sel-sel otak sangat aktif dan sukar direhatkan. Hanya apabila terlalu penat, mungkin perlukan sedikit masa untuk tidur.

9. Anak suka menunjukkan rasa sakit pada anggota badan - Ini ciri anak bijak kerana perlukan perhatian ibu bapa mereka. Walaupun sakit sedikit, tapi mengaduh atau menangis kuat. Selagi tidak dilayan selagi itu anak ini akan minta dirawat, padahal tiada apa-apa pun. Ibu bapa wajib bagi perhatian kepada situasi ini. Seolah-olah ada masalah yang ingin dikongsi atau minta dinasihati.

10. Anak suka menunjukkan pelbagai emosi - Ramai ibu bapa mudah rasa jemu apabila anak menunjukkan emosi negatif seperti menangis, marah dan sebagainya. Ini kesilapan yang harus diperbaiki kerana anak ingin menunjukkan sesuatu dari  riak perwatakan dan perasaan mereka. Jangan mudah rasa bosan kerana di sini mereka tahu sama ada ibu bapa suka atau tidak melihat reaksi mereka.


11. Anak minat pada sesuatu perkara dari usia kecil - Kecenderungan anak bermain dengan alat permainan yang hampir sama menunjukkan minat mereka. Pemilihan mainan juga penting untuk ibu bapa fikirkan kerana jika salah pilih anak perempuan boleh jadi ganas seperti diberikan alat mainan pistol, bom, patung askar dan seumpamanya. Peka pada apa alat permainan yang sesuai untuk anak lelaki atau perempuan. Pilih yang bersesuaian dengan umur mereka dan pelbagaikan alat permainan tersebut seangkatan dengan fungsinya. Contoh-contoh lain seperti anak suka meragakan baju berfesyen, masak-masak, main guru-murid dan sebagainya. Sediakan alat permainan berkaitan untuk menambahkan kelancaran watak yang hendak dibawa oleh anak-anak.



Begitulah cara bagaiamana hendak mengenali ciri anak bijak atau genius. Ini perlu dititikberatkan agar sikap kita sebagai ibu bapa tidak terarah kepada satu cara iaitu dengar dan ikut arahan. Ini kerana anak yang bijak selalunya akan menunjukkan ciri-ciri kebijaksanaan dalam pelbagai cara dan situasi. Dari[pada riak wajah hingga situasi mencabar semua ada berkaitan dengan kebijaksaan anak-anak. Semua di atas hendaklah diserap dan dimurnikan dengan penuh kesabaran dan ketabahan mendidik anak-anak genius ini.

0 Komentar untuk "Tips nak tahu bagaimana anak bijak ke tidak?"


Back To Top