Musim tak menentu, peperiksaan tetap berjalan seperti biasa. - Beritahu

Informasi segenap lapisan

Musim tak menentu, peperiksaan tetap berjalan seperti biasa.


Bila sebut peperiksaan, ramai yang kurang berminat hendak melaluinya kerana mungkin persediaan kurang dan sebagainya. Bagi calon lelaki, study last minute adalah sangat sinonim dengan hidup mereka. Biarlah apa orang nak kata, tak kira mak ayah mengomel dan sebagainya, hidup perlu diteruskan, katanya.

Berlainan dengan kebanyakan calon perempuan. Mereka lebih peka dan sensitif dengan tempoh masa sebelum peperiksaan bermula. Sejak awal tahun, mereka hadir bersama semangat yang berkobar-kobar, ke hulu ke hilir memegang buku dan sentiasa membuat latihan sebagainya. 



Bulan Januari adalah bulan resolusi atau biasanya membuat azam. Mula dengan azam semua A walau sebelum ini subjek tertentu realitinya sukar mendapat A, azam tetap azam.

Sehingga Mei, bila ditanya azam, skor A semakin berkurangan.

Kenapa jadi begitu?
Mungkin faktor baru terasa susahnya hendak capai A subjek tersebut. Mungkin juga rasa usaha yang kurang memaksa bertindak di luar kemampuan sudah menjelma.

Faktor lain juga seperti pengaruh rakan sebaya yang kurang berminat atau rakan tidak sebaya yang lebih berminat hal selain peperiksaan.


Jadi jika tidak disedari sebelum peperiksaan bermula, maka semakin ke laut azam hendak skor semua A tadi. 

Kesedaran itu penting semoga peperiksaan yang bakal menjelma tidak dipersia begitu sahaja.

Jangan amalkan study last minute kerana banyak keburukan berbanding kebaikan. Amalkan cara study smart untuk fokus yang lebih sistematik. Tidak perlulah tidur lewat dan bangun seawal jam 3 pagi kerana baru nak mentelaah pelajaran yang akhirnya mendatangkan musibah kepada diri sendiri. 




Amalkan gaya persediaan yang berjadual. Ikut dan patuhi masa dalam jadual kendiri tersebut. 

Elakkan diri bergaul atau buang masa bersama rakan yang tidak minat mengenai mata pelajaran agar kita tidak terpesong jauh memikir yang lain.

Di saat akhir sebulan dua sebelum peperiksaan bolehlah cari bengkel teknik menjawab soalan dan sebagainya bagi mempertajamkan teknik menjawab yang betul. Ulangi menjawab latihan dalam buku kerja yang berkualiti.

Seminggu dua sebelum berlangsungnya peperiksaan, amalkan riadah dan senaman ringan sambil menghirup udara segar bertujuan merehatkan minda. Jangan tertekan dengan masa yang semakin hampir tetapi sebaliknya bertenanglah. Kita sudah melakukan banyak persediaan jadi seharusnya ilmu yang ada tidak hilang kerana tekanan.


Jangan spot soalan last minute. Ini boleh mendatangkan kebergantungan calon kepada soalan tertentu. Seandainya tidak ada dalam soalan peperiksaan, ia amat merugikan diri. Buat bacaan sepintas, memadai. Biarlah mereka yang lain merisaukan kita dengan pelbagai soalan panas, yang penting tidak terpengaruh dengan cara mereka.

Semoga calon beroleh kejayaan yang cemerlang. Sila share post ini sekiranya ingin lebih gemilang lagi.

1 Komentar untuk "Musim tak menentu, peperiksaan tetap berjalan seperti biasa."

Ayo kunjungi www,updatebetting,co (WA +855 979 542 957)
Banyak pilihan 9ame menarik ^^


Back To Top