Resepi popiah cheese viral - Beritahu

Informasi segenap lapisan

Resepi popiah cheese viral

Assalammu'alaikum wbrth dan salam sejahtera. Hari ini saya akan kongsikan satu resepi viral yang mudah dan senang dimasak. Resepi ini tercetus setelah banyak masa terluang sewaktu pkp covid-19 ini.. Rupanya ada hikmahnya pkp ni ye, boleh berjimat dengan cara meluangkan banyak masa masak di rumah.Resepinya pun mudah, anak-anak pun suka.

Baik tuan puan, tanpa membuang masa, saya persembahkan resepi popiah cheese kebabom dalam bentuk tulisan. Anda boleh mengikut resepi ini melalui youtube yang saya kongsikan linknya di akhir penulisan resepi ini,


Bahan-bahan Popiah Cheese Kebabom

Bawang putih (4 biji)

Bawang merah besar (2 biji)

Serbuk lada hitam (1 sudu biasa)

Gula (1 sudu biasa)

Garam (1 sudu teh)

Maggi secukup rasa (1 sudu teh) atau seumpamanya

Keju Chesdale Ceddar (4 potong)

Segelas air


Daging cincang ArauSaudi Emas (400g) / atau lain jenama

Cendawan butang (1 tin)

Sup pekat Cendawan Campbell's (290g) - 1 tin

Kulit popiah



Bahan seperti cendawan, bawang merah besar dan bawang putih perlu dicincang halus, seperti gambar di bawah.



Cara masak inti popiah

Panaskan kuali dengan sedikit minyak masak. Seterusnya masukkan bawang merah besar, bawang putih. Selepas naik bau, masukkan kesemua daging kisar atau cincang. Gaul rata beberapa minit.

Kemudian masukkan garam (1 sudu teh), gula (1 sudu biasa), serbuk lada hitam (1 sudu teh) dan Maggi Cukup Rasa (1 sudu teh).  Gaul dan kacau antara di antara 5 hingga 10 minit (pastikan daging betul-betul masak).


Selepas itu, masukkan cendawan cincang diikuti sup pekat Cendawan Campbell's (1 tin). dan masukkan segelas air (300 ml). Kacau kuali sehingga menggelak, kemudian masukkan 4 potong keju Chesdale Ceddar di dalam kuali.

Kacau sama rata sehingga kuah menjadi pekat. Tutup api dan masukkan masakan ke dalam mangkuk.


Cara menggulung inti popiah

Cara gulung popiah berserta inti tidaklah saya mahir. Bolehlah untuk makan sendiri. Anda yang berkemahiran tu, bolehlah gulung dengan baik ye.


Kemudian panaskan minyak, sila goreng popia tersebut lebih kurang beberapa minit sehingga kekuning-kuningan, terus angkat. 

Ok siap. Bolehlah hidangkan popia cheese kebabom ini cicah sos cili atau sebagainya.



Resepi popiah cheese kebabom di youtube KLIK DI SINI..

(Sila share dan kongsi resepi ini. Terima kasih.)

.





-----------------------------------------------------------------------------------
1 Komentar untuk "Resepi popiah cheese viral"

Ayo mainkan kartu mu disini AjoQQ"c0m
Info lebih lanjut +855 969 190 856
Sedia deposit pulsa juga (min 20rb)


Back To Top