Cara memohon bantuan kewangan RM350 sebulan untuk warga emas - Beritahu

Informasi segenap lapisan

Cara memohon bantuan kewangan RM350 sebulan untuk warga emas


Permohonan ini terbuka kepada warga emas yang berumur 60 tahun ke atas. Jabatan Kebajikan Masyarat (JKM) adalah badan yang mengelolakan bantuan ini.

Bantuan kewangan RM350 sebulan warga emas atau Bantuan Orang Tuan (BOT) ini bertujuan sebagai sara hidup kepada warga emas yang memerlukan bantuan supaya terus berada di dalam komuniti.

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan untuk memohon bantuan kewangan warga emas :-

i. berumur 60 tahun ke atas
ii. tiada sumber pendapatan menyara hidup
iii. tiada keluarga yang mampu memberi sumbangan

Cara untuk memohon

1. Memohon secara menghadirkan diri terus ke pejabat berdekatan
2. Memohon secara online dan tindakan susulan

Sila hadir terus ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian berdekatan di mana pemohon tinggal. Sekiranya sukar, permohonan boleh dibuat secara bertulis, telefon atau emel (dapatkan nombor telefon di laman sesawang JKM). 

Pemohon yang dapat menghadirkan diri di JKM, sila bawa bersama dokumen sokongan berikut :-

i. kad pengenalan dam salinan kad pengenalan pemohon
ii. salinan kad pengenalan ahli lain yang tinggal bersama pemohon (jika ada)
iii. salinan penyata gaji (jika ada)
iv. gambar berukuran pasport pemohon
v. dokumen sokongan (jika ada)

Pemohon boleh memohon bantuan kewangan warga emas secara online di pautan diberikan berikut. Kemudian dikehendaki menghadirkan diri ke pejabat JKM berdekatan dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan online ini berserta salinan-salinan dinyatakan dalam permohonan online tersebut. Jika tidak, permohonan dianggap batal.

Permohonan secara online KLIK DI SINI
Semoga dipermudahkan urusan warga emas dan selamat maju jaya.


Untuk semakan status permohonan bantuan kewangan warga emas RM350, KLIK DI SINI.





-----------------------------------------------------------------------------------
1 Komentar untuk "Cara memohon bantuan kewangan RM350 sebulan untuk warga emas"

Dengan hanya 20rb Anda bisa dapatkan hadiah ratusan ribu hingga jutaan rupiah
Yuk merapat kesini I+O+N+Q+Q ^^
Bisa dp via pulsa juga (min 25rb)


Back To Top