Cara sekat SMS nombor tidak dikehendaki ke hp anda - Beritahu

Informasi segenap lapisan

Cara sekat SMS nombor tidak dikehendaki ke hp anda


Baiklah saya akan berkongsi di sini bagaimana untuk menyekat mesej pendek masuk ke peti surat telefon pintar kita. Contohnya nombor 68886.

Untuk makluman semua nombor 68886 adalah diguna untuk pemasaran perniagaan. Jadi sekiranya anda menerima banyak SMS dari nombor di atas tanpa anda melanggannya sudah pasti anda merasa geramkan?

Baiklah untuk itu, saya kongsikan cara mudah untuk menyekat nombor 68886 dari terus membanjiri peti surat anda tanpa diundang.


Cara sekat SMS nombor 68886 :-


1. Buka peti sms nombor 68886 anda. Sila klik bulatan berwarna biru (rujuk gambar di bawah).


2. Kemudian pilih Block number. Selepas itu satu pop-up mesej muncul, pilih Ok.



3. Selesai. Nombor 68886 tidak akan menghantui anda lagi. Anda boleh Unblock number tersebut bila-bila masa diperlukan nanti. Sekian. 



Sila share jika artikel ini memberi manfaat kepada anda dan orang lain.








-----------------------------------------------------------------------------------
0 Komentar untuk "Cara sekat SMS nombor tidak dikehendaki ke hp anda"


Back To Top