Dilema suasana masa kini menjadi semakin parah. Di kebanyakan tempat, penularan penyakit berjangkit sudah tidak terkawal lagi. Sedangkan masa ini berlakunya hujan lebat di mana-mana sahaja. Ini seolah sebagai isyarat sudah masa turn 'kami' pula turun. Tapi jangkitan penyakit saban hari tidak pula surut malah makin bertambah.
Antara faktor penularan kerana ketidakpatuhan SOP dan pergerakan yang tidak terkawal dari zon merah ke merata tempat. Contohnya rakyat marhain melihat tiada ancaman untuk cuti dan berehat di Langkawi, Pangkor dan lain-lain lagi secara beramai-ramai atau 'family gathering'. Cuti perayaan dan cuti sekolah dilihat adalah masa terbaik untuk balik kampung untuk berjumpa sanak saudara dan ibu bapa. Semua ini baik untuk merapatkan silaturrahim. Tapi adakah kita sedar bahawa penyakit berjangkit ini semakin berleluasa?
Mungkin tidak kena pada kita tapi ia boleh berada di udara selama 8 jam. Ia boleh berada di pakaian kita dan kulit manusia. Kita boleh menjadi 'pembawa' penyakit maut ini walau pun tidak sakit.
Dalam keadaan yang sama, hujan lebat tidak henti-henti di merata tempat dan kadar kebanjiran adalah luar biasa terutama di Johor, Pahang dan Terengganu. Ada tempat yang sudah berpuluh tahun tidak dinaiki air tapi tahun ini terjadi semula.
Kita lihat suasana masa kini bukanlah terbaik berpolitik. Wahai pemimpin yang disayangi, walau berbeza pendapat, kita masih dari tempat yang sama. Walau tidak sama asal usul tapi rakyat sedang memerlukan perhatian tuan-tuan semua. Bantulah dan peruntukan masa untuk rakyat yang menderita kini. Buanglah dulu rasa sengketa dan simpanlah kepentingan berparti itu nanti. Rakyat diutamakan, lihat dan turunlah ke tempat anda diangkat sebagai pemimpin.
Hayati penderitaan kami dan kuatkuasakan perintah yang lebih ketat lagi. Hukum mereka yang ingkar dan pastikan keberkesanannya hingga 'zero defect' seperti sebelum PRU Sabah yang pernah dicapai Malaysia sebelum ini.
Ingat semua, patuhi SOP, pakai pelitup muka selalu dan tempat awam, jaga penjarakan sosial dan akur semua tatatertib terkini yang dianjurkan kerajaan. Jom hadapi dugaan ini dengan sabar dan tabah. Semoga kita beroleh kemenangan tidak lama lagi.
1 Komentar untuk "Penyakit vs Banjir vs Politik"
Dengan hanya 20rb Anda bisa dapatkan hadiah ratusan ribu hingga jutaan rupiah
Yuk merapat kesini I+O+N+Q+Q ^^
Bisa dp via pulsa juga (min 25rb)