Harga iPhone 12 Pro di Pasaran Malaysia - Beritahu

Informasi segenap lapisan

Harga iPhone 12 Pro di Pasaran Malaysia



Baru-baru ini Apple telah melancarkan model terbaru iPhone iaitu iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max.

iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max didatangkan dengan 4 varian warna iaitu perak, kelabu kehitaman, emas dan biru pasifik.

Model Iphone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max mendapat sambutan yang menggalakkan dan permintaan yang tinggi sejak ia dilancarkan pada 23 Oktober 2020 lalu..



iPhone 12 Pro dengan paparan 6.1 inci dengan berat 187 g manakala iPhone 12 Pro Max 6.7 inci paparan (berat 226 gram) dilengkapi dengan pilihan kapasiti 128 GB / 256 GB / 512 GB.

Kedua-dua model iPhone dilengkapi dengan 5G dan cip pintar terpantas Apple iaitu Cip Bionik A14 (Next-generation Neural Engine).




Kedua-duanya dilengkapi kamera 12MP dengan menggunakan 3 kamera (New Wide, Ultra Wide dan Telephoto camera (for stunning image))  + sensor LIDAR (berfungsi membantu dalam keadaan lampu rendah). LIDAR mampu memberi autofokus 6 kali lebih pantas dari biasa dan ini memberikan kelebihan gambar potret di waktu malam yang lebih berkualiti. Kesimpulannya gambar akan lebih menarik dan berkesan serta sangat senang digunakan dengan capaian gambar yang lebih luas lagi.



Harga iPhone 12 Pro diantara RM4899 hingga RM6299 manakala iPhone 12 Pro Max diantara RM5299 hingga RM6699. Kini sudah berada di Malaysia.



-----------------------------------------------------------------------------------
0 Komentar untuk "Harga iPhone 12 Pro di Pasaran Malaysia "


Back To Top