Pada kali ini, kita akan bincangkan bagaimana menghasilkan persembahan powerpoint dalam bentuk buku. Ia sangat mudah dan senang untuk dilakukan tetapi perlu sedikit penelitian agar persembahan buku powerpoint ini akan nampak lebih menarik lagi.
Persembahan buku powerpoint ini adalah asas sahaja. Anda boleh menambahkan aksesori atau touch up dengan pelbagai kemudahan apabila sudah ecpert nanti.
Cara menghasilkan persembahan powerpoint buku
1. Sila buka perisian MS Office Powerpoint. Versi saya ialah Powerpoint 2016. Sila pilih 'Blank Presentation'.
2. Sila buang 'Click to add title' dan 'Click to add subtitle'
Bahagi dua
3. Pada menu View sila tandakan 'tick' Guides untuk menghasilkan sempadan tengah persembahan powerpoint.
Bina helaian muka depan buku
4. Seterusnya sila ke menu Insert - Shapes, pilih Rectangle. Buat bentuk segi empat tepat meliputi separuh slaid persembahan anda.
5. Klik segiempat tepat tersebut dengan cara double click. Kemudian klik menu Format, sila padm garis outline segiempat tersebut dengan cara pilih Shape Outline dan pilih No Outline.
6. Kemudian pilih warna kegemaran untuk cover depan buku. Saya memilih warna Gold. Caranya pada menu Format, sila pilih Shape Fill dan pilih warna Gold.
8. Touch up muka depan buku ini dengan cara right click dalam ruang empat segi persembahan dan pilih 'Format Picture'. Kemudian bawah 'Shape Option', pilih 'Fill & Line'. Di bawah 'Fill', saya klik opsyen 'Picture or texture fill'.
Buat lubang 'ring'
9. Kemudian klik menu Insert, pilih Shapes; dan klik Rectangle. Buat satu segiempat kecil (sebagai lubang ring buku. Padam Shape Outline (ulangi langkah 5).
10. Seterusnya klik menu Format, di bahagian Shape Fill saya memlih warna Orange. Kemudian, pada Format Shape, pilih Shadow dan pilih Presets bahagian Inner sila pilih Inside Diagonal Top Left.
Bina ring buku
11. Seterusnya pada menu Insert - Shapes, sila lihat bahagian Basic Shapes dan pilih Arc (bentuk lengkung). Kemudian pada Format Shape - Line - pilih Width 0.5 pt naikkan kepada 5 pt. Selepas itu, panjangkan Arc sehingga membentuk 3/4 bulatan seperti cincin. Ulangi langkah 5 di atas untuk padam Shape outline cincin ini.
Touch up cincin menjadi 3D 'ring'
12. Kemudian pada Format Shape - Fill & Line - Fill, pilih No Fill. Seterusnya pada Line - pilih Gradient line.
13. Lihat Gradient stops, ada empat kursor stop. Kemudian :-
Klik 'stop 1' dan pada 'Color' pilih warna hitam.
Klik 'stop 2', tarik ke kiri sikit dan pilih warna kelabu.
Klik 'stop 3' (ulangi seperti langkah 'stop' kedua), pilih warna putih.
Klik 'stop 4' pilih warna hitam.
14. Sila fix dan sesuaikan ring tersebut dengan lubang ring serta susun supaya menjadi satu susunan secara menaik ring binding sebuah buku (perbanyakkan ring tersebut dengan kaedah copy paste ring sahaja). Selepas itu, 'group' semua ring tersebut. Siap sudah muka depan.
Bina muka surat kandungan
15. Sila tambah slaid baru yang kosong. Kemudian copy paste slaid pertama ke dalam slaid kedua ini (padam perkataan 'Cabaran Belajar Dari Rumah Alaf 21). Seterusnya, untuk membina helaian muka surat kedua dan ketiga ini, sila copy laman ketiga, letakkan di sebelah kiri slaid kedua. Dan copy ring binding dan tampalkan di ruang sebelah kiri (muka surat kedua).
16. Padam semua ring sahaja di muka surat kedua, tinggalkan hanya lubang ring sahaja. Sila group lubang ring tersebut. Kemudian susun ring tersebit merapati binding ring muka surat ketiga.
17. Selepas itu, klik ring binding muka surat ketiga, pergi ke menu Format - pilih dan klik Bring Forward. Kemudian klik group lubang binding muka surat kedua, selepas itu pergi ke menu Format - pilih dan klik Send Backward. Sila Regroup kesemua binding ring tersebut menjadi satu group yang besar.
Tambah helaian warna lain dalam slaid kedua
18. Tujuan menambahkan warna slaid lain agar ia lebih nampak menarik lagi. Baik, sila ke menu Insert - Shapes - pilih Rectangle. Buat saiz seperti helaian muka surat. Double click muka surat ini, pada menu Format - Shape Outline dan pilih No Outline. Kemudian klik Shape Fill dan pilih warna kegemaran anda, contohnya putih. Kemudian klik ring binding dan pergi ke menu Format - klik Bring Forward. Anda boleh hias helaian ini seperti helaian buku garis satu buku latihan. Ulang langkah 18, untuk membuat helaian muka surat ketiga. Kemudian sila ke menu Transitions - Bahagian Exciting pilih Page Curl. Selepas itu sila tambah muka sueat seterusnya dengan cara copy paste slaid kedua ini ke slaid baru mengikut helaian muka surat yang anda kehendaki.
Muka surat akhir
19. Sila copy paste slaid pertama (muka surat depan) ke dalam slaid ini. Padam perkataan 'Cabaran Belajar Dari Rumah Alaf 21'. Sila group helaian ini (semua ring binding dan helaian ini sahaja). Seterusnya pergi ke menu Format - Rotate pilih Flip Horizontal.
20. Tukar warna kulit belakang kepada warna lain (jika mahu). Kemudian sila ke menu Transitions - Exciting pilih Page Curl.
Bolehlah anda masukkan isi kandungan persembahan powerpoint buku anda bermula helaian muka surat pertama mengikut kreativiti anda termasuk gambar, video dan audia (seperti biasa). Siap dan boleh present. Semoga bermanfaat. Sekian terima kasih.
Lihat hasil buku persembahan powerpoint di sini dan lihat di bahagian description youtube ini, saya berikan buku ini secara percuma. KLIK DI SINI.
Sila share ye..
1 Komentar untuk "Cara hasilkan powerpoint buku yang mudah dan menarik"
Ayo mainkan kartu mu disini AjoQQ"c0m
Info lebih lanjut +855 969 190 856
Sedia deposit pulsa juga (min 20rb)