Ambo tok sey makane manih-manih, demo lagu mano? - Beritahu

Informasi segenap lapisan

Ambo tok sey makane manih-manih, demo lagu mano?


Dalam badan kita ini mempunyai pankreas. Ia menghasilkan sejenis bahan kimia yang dinamakan insulin.

Fungsi insulin adalah untuk membolehkan tisu-tisu menggunakan glukos (gula). Ia juga bertindak membantu mengawal kandungan glokus dalam darah ke paras normal.

Sekiranya insulin tidak mencukupi atau tidak berkesan, sudah pasti kandungan glukos dalam darah akan meningkat. Maka inilah yang disebut sebagai Diabetes Mellitus atau kencing manis.

Ia terbahagi kepada dua :-

  • Diabetes Mellitus Jenis I (IDDN) - bergantung kepada insulin
  • Diabetes Mellitus Jenis II (NIDDN) - tidak bergantung kepada insulin
Gejala atau tanda-tanda kencing manis
  1. Kabur penglihatan
  2. Luka yang lambat sembuh
  3. Penyakit kulit berterusan
  4. Jangkitan pada sistem pembuangan air kecil dan kemaluan
  5. Kebas kaki
Lain-lain gejala
  • Dahaga
  • Kerap buang air kecil dalam kuantiti yang banyak
  • Terasa letih dan lesu
  • Turun berat badan walau mempunyai selera yang baik
  • Lemah otot
  • Kegatalan tanpa ruam
Faktor risiko Diabetes
  1. Kegemukan
  2. Tidak bersenam
  3. Makanan berlemak yang tinggi dan kurang serat
  4. Peningkatan usia
  5. Keturunan
  6. Bangsa - Kaum India mudah mengalami diabetes.
Komplikasi kencing manis akan menyebabkan kerosakan organ-organ seperti berikut :-
  1. Peringkat Kecemasan - peningkatan kadar glukos dalam darah secara mendadak, pesakit tidak sedar dan keliru
  2. Peringkat Kronik - peningkatan kadar glukos darah yang berterusan tinggi, pesakit akan mengalami kerosakan organ berpanjangan seperti mata kabur, katarak, buta, kebas kaki tangan, kegagalan buah pinggang, angib ahmar dan serangan jantung (strok).

Rawatan tanpa ubat
  • Jaga kulit - mandi setiap hari, keringkan seluruh badan, rawat luka (sekiranya 2-3 hari tidak sembuh, terus jumpa doktor)
  • Jaga kaki - cuci kaki setiap hari, keringkan terutama celah-celah jari kaki, periksa kaki dari kesan luka dan calar, melecet, menggelembung dan sebagainya serta potong kuku kaki secara lurus melintang
  • Tukar stokin kaki setiap hari, jalan keluar rumah dengan kasut yang lembut dan tidak ketat serta jangan berkaki ayam
  • Buat pemeriksaan mata berkala dan penjagaan gigi yang berterusan
  • Tidak merokok dab elak alkohol
  • Mengawal pemakanan dan berat badan serta bersenam selalu.
Rawatan ubatan
  • Disiplin makan ubat untuk mengurangkan paras glukos darah
  • Ambil insulin secara berkala
Mencegah itu lebih baik daripada merawat. Semoga memberi kebaikan kepada kita semua. Sila share artikel ini jika ia memberi manfaat.




-----------------------------------------------------------------------------------
1 Komentar untuk "Ambo tok sey makane manih-manih, demo lagu mano?"

Ayo mainkan kartu mu disini AjoQQ"c0m
Info lebih lanjut +855 969 190 856
Sedia deposit pulsa juga (min 20rb)


Back To Top