Baucar RM200 percuma di shopee, first come first serve - Beritahu

Informasi segenap lapisan

Baucar RM200 percuma di shopee, first come first serve

Belanjawan 2021 lalu telah meluluskan sebanyak RM30 juta untuk pemberian RM200 untuk manfaat isi rumah melalui e-Rebat SAVE 2.0. Cara menebus e-Rebat RM200 ialah melalui pembelian barang elektrik tertentu di shopee. Barangan elektrik yang diberikan baucar tersebut ialah peti ais atau penyaman udara.

Program ini dijayakan oleh pihak Agensi Sustainable Energy Development Authority Malaysia (SEDA Malaysia) dengan kolaborasi platform e-commerce Shopee di bawah kerjasama Suruhanjaya Tenaga (ST).


Syarat kelayakan e-Rebat SAVE 2.0

1. Warganegara Malaysia

2. Merupakan pemilik akaun utiliti elektrik yang berdaftar (TNBSESB/SEB) atau mempunyai hubungan dengan pemegang akaun

3. Pembelian penyaman udara atau peti ais yang hanya berlabel 4 atau 5 Bintang Cekap Tenaga pada 2021

5. 1 akaun bil, 1 e-Rebat (first come first serve).

Cara menebus e-Rebat SAVE 2.0 shopee

i. Sila daftar dan isi borang melalui Shopee (Buka shopee dan sila pilih "Daftar Sekarang & Tebus Baucar RM200). Sekira sudah berdaftar sila scan QR code di bawah untuk terus isi borang permohonan e-Rebat Shopee.

ii. Tunggu maklum balas status permohonan dalam masa 14 hari bekerja

iii. Baucar RM200 akan dikreditkan ke dalam Shopee Wallet anda setelah permohonan diluluskan.


Berikut adalah senarai penyaman udara yang boleh ditebus melalui program e-Rebat.



Bagi menyemak senarai model peti ais dan jenama lain sila klik laman rasmi ST di sini 

Perlu diingat bahawa daripada 150 000 baucar yang telah diluluskan untuk e-Rebat Shopee ini, hanya 140 000 baucar diperuntukkan untuk isi rumah. Maka siapa cepat dia dapat.




-----------------------------------------------------------------------------------
1 Komentar untuk "Baucar RM200 percuma di shopee, first come first serve"

Dengan hanya 20rb Anda bisa dapatkan hadiah ratusan ribu hingga jutaan rupiah
Yuk merapat kesini I+O+N+Q+Q ^^
Bisa dp via pulsa juga (min 25rb)


Back To Top