Sumareh wira Malaysia tundukkan Thailand - Beritahu

Informasi segenap lapisan

Sumareh wira Malaysia tundukkan Thailand



Malaysia bermain sepenuh hati malam ini. Itu yang boleh digambarkan mengenai kejayaan Harimau  Malaya berjaya menundukkan Thailand 2-1 di halaman sendiri dalam pusingan kedua Kelayakan FIFA Piala Dunia Qatar 2022 kumpulan G .



Stadium Nasional Bukit Jalil dibanjiri lebih 50 000 penonton menjadi pemain Ultras Malaya yang ke-12 yang memainkan peranan penting memastikan kekuatan Thailand yang sebelum ini berjaya menundukkan UAE 2-1 kembali kendur.



Walau bagaimanapun, Thailand terlebih dahulu di hadapan menerusi C.Songkrasin yang mendapat hantaran lintang dan terus menyepak masuk bola menewaskan penjaga gol Harimau Malaya Khairul Azhan pada minit ke-7.



Namun anak buah Tan Cheng Hoe tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan apabila Syamer Kutty Abba berjaya mencuri bola dan membuat hantaran lintang ke arah Brendan Gan yang melakukan one touch ball ke arah gol lawan pada minit ke-26.



Bersambung babak kedua, permainan serba tidak jadi Thailand telah memberi kelebihan kepada Harimau Malaya untuk mendominasi setiap serangan yang hampir membolosi gawang Thailand beberapa kali.



Pada minit ke-57, pemain naturalisasi Malaysia Mohamadou Sumareh menjadikan dirinya berbaloi dengan melakukan first timer menewaskan penjaga gawang Thailand.  Sekali lagi Brendan Gan menjadi arkitek terbaik Harimau Malaya dengan membuat lob passing kepada Sumareh untuk menjaringkan gol kemenangan tersebut. Seiring dengan kehebatan beliau, Brendan Gan telah dianugerah Man of the match malam ini.



Keputusan lain, Vietnam berjaya menewaskan UAE 1-0 di halaman sendiri. Ini menjadikan Vietnam berada di takhta liga dengan 10 mata dan menolak Thailand ke tangga kedua yang kekal 7 mata. Malaysia dengan 6 mata berada di tempat ke-4 berkongsi mata dengan UAE namun dibezakan oleh kelebihan gol UAE.

Dengan ini peluang kemaraan ke pusingan seterusnya kembali terbuka dengan 4 baki perlawanan yang tinggal lagi. Seterusnya Malaysia akan menentang




1 Komentar untuk "Sumareh wira Malaysia tundukkan Thailand"

Cari uan9 sampingan ??
Hubung! kami (WA: +855 979 542 957 / Line : updatebetting) ^^


Back To Top