Apa kelebihan Google Docs berbanding Microsoft Words? - Beritahu

Informasi segenap lapisan

Apa kelebihan Google Docs berbanding Microsoft Words?


Google Docs merupakan produk Google. Program yang direka khas untuk semua golongan terutama mereka yang inginkan kebebasan daripada membawa sebarang peralatan kecuali telefon pintar.

Apa Google Docs?

Google Docs ialah suite pejabat terdiri daripada komponen pemproses perkataan dalam talian yang diberikan secara percuma oleh Google. Ia merupakan alternatif kepada Microsoft Word. Google Docs mempunyai ciri-ciri yang lebih banyak daripada apa yang anda ketahui.


Anda boleh mencipta perkataan, mengedit dan berkongsi dokumen secara dalam talian dan boleh diakses di mana-mana komputer dengan sambungan internet.


Kelebihan Google Docs

Google Docs di bawah Google Office adalah aplikasi percuma. Asasnya, tiada yuran  atau bayaran dikenakan untuk mendapatkannya.


Semua fail disimpan dalam storan awan secara percuma. Dengan kapasiti 15 GB percuma per pengguna, bolehlah anda menyimpan sebanyak mungkin fail dalam pelbagai bentuk termasuk dokumen, foto di sini secara percuma!


Anda tidak memerlukan pendrive atau flush drive untuk menyimpan data. Kalau terlupa, tiada masalah kerana semua data di simpan dalam storan awan secara percuma.

Kita boleh menulis, mengedit dan bekerjasama di mana sahaja secara percuma.


Google Docs lebih daripada kita sangkakan

Seperti Microsoft Word, asasnya, Google Docs pun sama sama.

Di Google Docs  terdapat pelbagai templat resume kerja, laporan dan lain-lain dokumen. Ye semuanya direka hanya di Google Docs. Anda boleh mengguna dan menukar beratus jenis fomts. Wow hebat bukan.


Perbezaan ketara diantara Google Docs dan Microsoft Word ialah Google Docs boleh mengedit dokumen dalam talian. Juga anda boleh menukarkan dokumen Word kepada Google Docs dan sebaliknya.

Untuk pengguna telefon pintar Android, anda boleh muat turun aplikasi Google Docs menggunakan Google Playstore, KLIK DI SINI


Bagaiamana nak guna Google Docs?

Untuk kali pertama, sila log masuk ke docs.google.com. Pastikan anda telah mendaftar di Google sama ada melalui Gmail dan sebagainya.


Setelah log masuk, di halaman permulaan Google Docs, sila klik File, kemudian New dan klik From template. Dan bolehlah mula menulis. Setelah itu, sekiranya anda terlupa mengelik butang simpan (Save), jangan bimbang kerana dokumen anda telah disimpan secara automatik di Google Docs ini.

Sila lihat tutorial di bawah bagaimana buka Google Docs.



Kemudian sila lihat bagaimana kongsi Google Docs dalam talian?





Seterusnya lihat video bagaimana nak emel Google Docs sebagai attachment?



Kesimpulan

Berdasarkan penerangan berkaitan Google Docs di atas, sememangnya kehebatan aplikasi Google Docs tidak dapat disangkal lagi. Paling ketara, Google Docs boleh dikongsi secara dalam talian dan diedit serentak. Juga boleh membuka Google Docs secara bukan dalam talian (offline). Wow hebat bukan. Marilah kita sama-sama menggunakannya. Selamat mengguna Google Docs.

1 Komentar untuk "Apa kelebihan Google Docs berbanding Microsoft Words?"

Izin promo ya min^^
Begadang? Gak bisa tidur? Mampir disini dan begadan9 bersam4 kami di Upd4te Bett!n9..


Back To Top