Tutorial cara buat Shopee Pay - Beritahu

Informasi segenap lapisan

Tutorial cara buat Shopee Pay




-----------------------------------------------------------------------------------

Ada 3 perkara untuk setting wallet Shopee Pay iaitu :-


  1. Daftar akaun Shopee Pay anda
  2. Tambah nilai Shopee Pay
  3. Membuat belian menggunakan Shopee Pay



Bagaimana nak daftar wallet Shopee Pay?

1. Sila muat turun aplikasi Shopee terkini di Google Play Store di telefon pintar anda.

2. Setelah muat turun, buka aplikasi Shopee di telefon pintar anda.



3. Sila klik butang Shopee Pay. Ada dua akaun iaitu Shopee Pay Basic Accounts dan Premium Accounts. Bagi Account Basic, anda boleh melakukan aktiviti tambah nilai sahaja dengan had akaun wallet sehingga RM500. Manakala Account Premium Shopee Pay, had akaun sehingga RM1500.



Untuk mendapatkan Account Premium, anda mesti melakukan verifikasi kad pengenalan. Cara verifikasi Account Premium Shopee Pay ialah :-

  1. Gambar kad pengenalan
  2. Swafoto bersama kad pengenalan

Verifikasi Kad Pengenalan untuk Acccount Premium





4. Klik Set up Shopee Pay.



5. Pada langkah 2, sila masukkan nama penuh dan nombor kad pengenalan seperti tertera dalam kad pengenalan anda. Seterusnya tekan butang Next.


6. Pada langkah 3, satu kata laluan akan dihantar ke nombor telefon pintar anda untuk verifikasi.



7. Di langkah 4, anda akan teruskan ke bahagian create Shopee Pay PIN untuk cipta nombor pin 6 angka (wajib ingat nombor ini).


8. Pada langkah 5, anda akan automatik ke bahagian log masuk PIN untuk keluarkan duit dari bank anda dan buat bayaran. Ingat! Jangan kongsi nombor PIN anda dengan orang lain.


Bagaimana nak tambah nilai Shopee Pay?

1. Langkah 1 klik ikon Top up di muka utama Shopee Pay.



2. Pada langkah 2, terdapat beberapa tambah nilai iaitu RM5, RM10, RM20, RM50, RM100 dan RM500. Sila pilih berapa nilai tambah anda.



3. Pada langkah 3, sila pilih bank anda dan klik Pay Now. Anda akan ke laman sesawang bank dan sila masuk dan lakukan transaksi pengeluaran wang dari bank anda ke wallet Shopee Pay (ikut sahaja arahan).


Setelah itu, anda akan dapat melihat sejumlah nilai tambah Shopee Pay anda. Bolehlah mula membeli-belah di Shopee.


Bagaimana cara bayar guna Shopee Pay?



1. Buka laman utama (Shopping CartShopee. Pilih dan klik gambar barang yang anda ingin beli.



2. Klik butang Buy Now.



3. Setelah pilih kuantiti barang, tekan butang Check out.



4. Pada gambar di atas sila klik bahagian Payment Option untuk Select payment method.







5. Pada bahagian ini ada beberapa pilihan cara bayaran, sila pilih Shopee Pay, klik padanya sekiranya nilai mencukupi tetapi jika tidak mencukupi, anda mesti buat tambah nilai (ulangi cara tambah nilai Shopee Pay).



Setelah anda klik Payment method melalui Shopee Pay, anda dikehendaki memasukkan nombor pin keselamatan (yang pernah anda isi awal tutorial ini) untuk pengesahan bayaran. Selesai.



Tag : Shopee
3 Komentar untuk "Tutorial cara buat Shopee Pay"

Pecinta b0la? Gak seru kalo hanya nonton..
Mari daftar dan pasan9 jag0an mu disini (Upd4teBett!n9) dan tarik kemenangannya..!!

Macam mana mahu tukar limit pembayaraan d shopeepay


Back To Top