Bagaimana nak tahu ada kamera tersembunyi dalam bilik - Beritahu

Informasi segenap lapisan

Bagaimana nak tahu ada kamera tersembunyi dalam bilik



1. Perhatikan persekitaran bilik dengan teliti

Cara paling mudah untuk mengesan kamera tersembunyi ialah dengan membuat imbasan sekeliling dengan teliti. Membuat semakan setiap inci bilik boleh membantu anda mengesan kamera tersembunyi.

Kamera tersembunyi boleh didapati di :-

  • Pengesan asap
  • Alat penapis air
  • Buku
  • Perhiasan dinding
  • Pasu perhiasan di meja
  • Kotak tisu
  • Lampu Lava
  • Kotak TV Digital
  • Soket dinding
  • Pemegang pengering rambut
  • Jam penggera atau dinding
  • Cangkuk pakaian
  • Pen
  • Barang perhiasan
  • Bantal sofa, bucu meja dan rak
  • Rak DVD


Posisi letak kamera tersembunyi yang sensasi :-

  • Pasu bunga
  • Lubang pintu
  • Bumbung rumah
  • Loceng pintu luar bilik

Sila perhatikan wayar-wayar yang terdedah, lampu atau lensa yang meragukan. Ia boleh menjadi alat sokongan kepada kamera tersembunyi tersebut.

Sekiranya anda mendapati ada adapter elektrik yang agak pelik, cabutkan segera.

Seterusnya buat pergerakan mundar-mandir berulang kali dan cuba kesan bunyi buzz seakan tidak dapat didengari. Ia adalah bunyi pergerakan kamera tersembunyi.



2. Padamkan Lampu bilik

Gunakan kamera malam untuk mencari kamera tersembunyi. Ia mengesan LED merah atau hijau yang berkelip atau bersinar di dalam keadaan kurang cahaya.

Di dalam persekitaran kurang cahaya, LED lensa kamera akan dihidupkan secara automatik untuk menmbah lampu kamera bagi menghasilkan imej kamera waktu malam yang lebih jelas.

Amda boleh mengesan kamera tersembunyi sekiranya ada terdapat LED berkelip merah atau hijau di dalam bilik tersebut.


3. Gunakan Telefon Mudah Alih iPhone atau Android anda

Bagaimana mengesan kamera tersembunyi menggunakan telefon pintar anda?

Terdapat 2 cara untuk mengesan kamera tersembunyi mengggunakan telefon pintar, iaitu :-

i. Guna telefon pintar untuk mengimbas kamera tersembunyi dan mikrofonnya

Sila buat panggilan telefon kepada keluarga atau kawan anda. Sambil berjalan mundar-mandir di dalam bilik, biarkan si penerima panggilan bertutur sambil anda cuba mengesan bunyi gangguan panggilan seperti bunyi ralat frekuensi radio. Jika tiada, bermakna bilik tersebut bebas kamera tersembunyi.

ii. Guna aplikasi dalam telefon untuk mengesan kamera tersembunyi dan peranti berkaitan

Sila pasang "detect hidden cameras". Cari di Google Play Store. Contohnya perisian "Hidden Camera Detector 2019 Spy Camera Detection". KLIK DI SINI UNTUK MUAT PASANG.



(*Boleh semak dan pilih aplikasi lain juga sebelum pasang ke dalam telefon pintar anda).

Selepas memasang aplikasi tersebut di teledon Android atau iPhone, lancarkan aplikasi tersebut. Perisian tersebut akan menunjukkan isyarat cahaya merah apabila ia mengesan kehadiran kamera tersembunyi di bilik anda. Ia juga akan mengeluarkan cahaya merah apabila dapat mengesan peralatan seperti frekuensi radio.



4. Perhatikan dan semak persekitaran cermin di bilik

Masih teringat ada kes kamera tersembunyi di dalam tandas awam, fitting room atau bilik hotel? Oleh itu ambil langkah berikut untuk menghalusi masalah ini.

  • Letakkan jari anda pada cermin.
  • Lihat jurang diantara jari dan cermin.
Cermin palsu



Cermin sebenar

Jika terdapat jurang diantara jari dan imej di cermin, maka ia adalah cermin sebenar. Jika jari dan imej jari bersentuhan maka ia adalah cermin palsu.


5. Guna lampu suluh untuk kesan kamera tersembunyi

Pastikan lampu suluh boleh berfungsi dengan baik di dalam gelap. Sila hidupkan lampu suluh dan padamkan lampu bilik. Seterusnya suluh sekeliling bilik. Bergerak ke sudut dan kedudukan yang meragukan. Sekiranya ada pantulan cahaya, ia mungkin reflek dari kamera tersembunyi tersebut.



6. Mendapatkan Pengesan Profesional atau Sensor

Alat Detektor Kamera

Alat Pengimbas RF


Alat di atas boleh didapati di kedai elektrik atau beli secara online. Menggunakan alat pengesan ini memerlukan kos dan kelebihannya adalah ketepatannya 100% dapat mengesan kamera tersembunyi. Pastikan beli pengesan sensor yang tulen dan betul.


1 Komentar untuk "Bagaimana nak tahu ada kamera tersembunyi dalam bilik"

Segera gabung bersama kami (Update Bettin9)
Proses cepat, aman dan terpercaya..


Back To Top