Apa cerita basikal lajak sekarang? - Beritahu

Informasi segenap lapisan

Apa cerita basikal lajak sekarang?


Basikal lajak kegilaan remaja terutama lelaki. Ia menjadi kegilaan remaja kita kerana basikal lajak hanya terdapat di Malaysia tiada di luar negara. Hal ini sudah menjadi trend hiburan terkini untuk remaja Malaysia. Oleh hal yang demikian patutkah basikal lajak diharamkan? 


Lihat balik kes kematian 8 orang remaja di Johor Bahru beberapa tahun lepas. Kematian disebabkan mereka menuruni laluan bukit menunggang basikal lajak lalu berlaku kemalangan dengan sebuah kereta lebih kurang jam 3 pagi. Siapa yang patut disalahkan?


Sebuah basikal yang selamat ditunggang di jalan raya mestilah memenuhi kriteria keselamatan yang betul. Jika tiada kelengkapan brek basikal dan pedal mati, maka ia adalah tidak selamat dan tidak sepatutnya berada di jalan raya. Oleh hal demikian, kerajaan cuba melaksanakan tindakan tidak membenarkan basikal lajak berada di jalan raya adalah suatu cara terbaik membendung masalah basikal lajak ini. Namun baru-baru ini kerajaan telah mengkaji semula dengan melihat dari sudut positif apabila ada sesetengah masyarakat kita sangat peka lalu meminta kerajaan melihat aktiviti basikal lajak ini dari sudut positif.



Apa untungnya basikal lajak?

Sewajarnya semua pihak berfikir, jangan letakkan beban di bahu penguatkuasa semata-mata. Ibu bapa, keluarga, saudara-mara dan kawan baik remaja berkenaan mampu memberi nasihat sekiranya mendapati remaja berkaitan menunggang basikal lajak di jalan raya. Ini boleh mengundang bahaya seperti mana kematian 8 remaja basikal lajak di Johor Bahru yang lalu.


Sesungguhnya remaja amat mudah berkecimpung dengan aktiviti terkini. Contohnya menghabiskan masa bermain gajet dan melayari youtube. Bagi remaja lelaki, basikal lajak telah mendapat perhatian di hati mereka. Sekiranya riadah basikal lajak ini boleh dikatakan aktiviti bersukan, apa salahnya disediakan litar atau tempat yang sesuai untuk aktiviti basikal lajak.



Kreativiti remaja mengubahsuai atau berinovatif merekabentuk basikal lajak sangat dipuji. Ini sepatutnya boleh dijadikan suatu pertandingan atau pembabitan basikal lajak yang kreatif atau tercantik contohnya Pertandingan Basikal Lajak Paling Kreatif 2019 anjuran Majlis Belia dan Sukan Negara. Ia pasti menarik ratusan peminat basikal lajak di Malaysia untuk menyertainya.


Secara tidak langsung basikal lajak mampu meraih pendapatan yang baik kepada bengkel-bengkel basikal. Dengan permintaan yang tinggi terhadap pembuatan basikal lajak, sudah pasti memberi pulangan yang lumayan kepada mekanik basikal berkenaan. Bayangkan setiap remaja lelaki berusia 8 hingga 15 tahun mempunyai basikal lajak.


Kementerian Belia dan Sukan sewajarnya menjadikan idea basikal lajak ini kepada suatu aktiviti sukan yang lebih berprestij seperti Pertandingan Basikal BMX di litar atau di tempat yang disediakan. Mungkin boleh dipromosi di peringkat Asia Tenggara dan dunia. Fikirkan secara positif.

Jika peluang ini dilihat dalam bentuk negatif, sudah pasti para remaja yang sentiasa aktif dan cenderung mencari idea baru tidak akan mati di situ tanpa basikal lajak. Mungkin lebih banyak basikal lajak dihasilkan secara diam-diam. Akibatnya ahli penguatkuasa tidak senang duduk dan berkerah tenaga untuk membendungnya.


Ingatlah selagi basikal lajak boleh dinilai dari sudut positif walaupun ada negatifnya maka mesti difikirkan mekanisma terbaik untuk mencari jalan penyelesaiannya agar semua pihak mendapat manfaat darinya.


1 Komentar untuk "Apa cerita basikal lajak sekarang?"

Ayo kunjungi Update Bettin9 dan daftarkan diri Anda
deposit, mainkan dan menangkan taruhannya (WA +855 979 542 957)


Back To Top