Bagaimana cara cari telefon hilang? - Beritahu

Informasi segenap lapisan

Bagaimana cara cari telefon hilang?


Hilang telefon pintar rasa dunia gelap gulita. Umpama hilang girlfriend apabila hilang handphone ye. bagaimana mau ketemu semula? Benarkah ada cara untuk menemui telefon bimbit yang hilang?

Wah banyak persoalan di sini ye. 



Tahukah anda jika telefon pintar hilang, anda boleh menjejakinya semula. Sesiapa sahaja akan rasa sedih dan bimbang sekiranya telefon pintar hilang atau dicuri. Jadi jangan buang masa dan bersedih. Ikuti langkah berikut.

Ambil langkah segera sebaik sahaja anda mengetahui telefon pintar hilang atau dicuri.

Cara cari telefon hilang



A. Mengesan telefon hilang melalui akaun google


1. Pastikan anda mempunyai akaun di google samada mendaftar melalui emel di google atau terus daftar akaun google. Sila buka dan log masuk akaun google anda di laptop atau komputer yang ada akses internet. Melalui akaun google, ada dua cara mengesan telefon hilang tersebut, iaitu :-


  1. deringan telefon
  2. penjejakan guna Google Find My Device

2. Di bahagian atas Search Google Account, sila taip Find your phone dan klik Enter. Kemudian klik simbol '>'



3. Sila buat verifikasi semula untuk log masuk ke akaun google anda, masukkan kata laluan dan tekan butang Next. Seterusnya anda dapat melihat butiran jenama telefon pintar dan masa terakhir ia digunakan. Sekiranya anda baru sahaja kehilangan telefon bimbit di sesuatu kawasan, anda boleh menjejakinya dengan menekan perkataan 'Ring' untuk mengesannya melalui deringan telefon bimbit anda. Walaupun deringannya dipadam (mute) sekalipun, ia masih mampu mengeluarkan deringan.



4. Anda boleh mengunci telefon pintar yang hilang tersebut dengan menekan Lock your phone. Masukkan 4 digit sebagai kata laluannya. Dengan ini si pencuri tidak dapat menceroboh masuk ke telefon anda secara automatiknya (Sekiranya sudah ada kata laluan, automatik ia akan digunakan untuk mengunci akses masuk ke telefon tersebut).


5. Sekiranya carian anda melalui deringan tidak berjaya, sila pilih Locate yang berada di sebelah kanan Ring. Locate digunakan untuk mengesan telefon bimbit hilang melalui GPS. Setelah mendapati di mana telefon anda berada, sila bergegas ke lokasi tersebut dengan kadar segera.


Pada paparan ini juga terdapat opsyen Play Sound untuk buat dering ke telefon tersebut, Opsyen Secure Device untuk mengunci skrin telefon dan Erase Device untuk memadam semua data dalam telefon tersebut (opsyen ini tidak digalakkan kerana anda tidak dapat mengesan telefon tersebut setelah memadam semua data telefon).



Anda boleh menggunakan telefon pintar lain yang ada akses internet untuk mencari telefon hilang tersebut iaitu dengan memuat turun aplikasi Google Find My Device di Google Play Store . Sila muat turun dan pasang perisian Google Find My Device ke telefon pintar anda. Ikut arahan dan isi maklumat emel, kata laluan dan lain-lain langkah demi langkah yang diberikan.




B. Menyekat telefon pintar hilang diguna oleh pencuri

Ini adalah kaedah kedua agar telefon hilang anda dapat disekat daripada diguna oleh pencuri. Sama ada melalui simkad yang sama atau baru, peranti tersebut tetap tidak dapat digunakan.

Tahukah anda setiap telefon pintar mempunyai nombor IMEI yang tersendiri. Nomber IMEI mengandungi 15 digit. Melalui IMEI, anda boleh melihat maklumat telefon pintar anda seperti jenama dan model digunakan.



Bagaimana untuk mendapatkan IMEI telefon pintar anda?


Senang sahaja, sila dail *#06# pada telefon pintar anda. Kemudian anda akan melihat paparan nombor IMEI tersebut. Sila catat dan simpan di tempat yang selamat.



Suatu hari, telefon mudah alih anda dicuri, langkah seterusnya buka laman sesawang imej info KLIK DI SINI. Masukkan 15 digit IMEI anda. Selanjutnya klik butang Fill out the report. Isikan semua maklumat dan butiran telefon hilang tersebut dan tekan butang Report. Selesai.




1 Komentar untuk "Bagaimana cara cari telefon hilang?"

Pecinta b0la? Gak seru kalo hanya nonton..
Mari daftar dan pasan9 jag0an mu disini (Upd4teBett!n9) dan tarik kemenangannya..!!


Back To Top