Cara bayar tol guna ewallet Touch n Go - Beritahu

Informasi segenap lapisan

Cara bayar tol guna ewallet Touch n Go




-----------------------------------------------------------------------------------

Baiklah setelah anda muat turun aplikasi Touch 'n Go ewallet melalui Google Play Store, sila ikuti langkah berikut untuk bayar tol mengggunakan ewallet tersebut :-

1. Klik gambar Bankcard sebelah kanan atas sekali  atau cari kolum Reminder (skrol ke bawah) pilih Pay toll seamlessly! Rujuk gambar di atas.


2. Pada paparan di atas iaitu Why pay direct terdapat 3 cara mudah pembayaran tol melalui ewallet Touch n Go iaitu :-



  • Daftar nombor siri Kad Touch 'n Go dalam ewallet Touch n Go.
  • Reload ewallet anda 
  • Guna Kad Touch 'n Go anda seperti biasa di tol. Duit akan ditolak melalui ewallet anda secara automatik.



 Ok itu caranya. Seterusnya klik Add TNG Card Now.

3. Pada paparan berikutnya, How to find your TNG Card  & MyKad serial no., anda mempunyai dua pilihan sama ada menggunakan Kad Touch n Go atau MyKad sebagai kad bayaran tol. Sekiranya anda menggunakan :-
  • jika kad Touch 'n Go, anda dikehendaki memasukkan nombor siri kad Touch 'n Go tersebut.
  • jika MyKad pula sila lihat resit (lama) reload di Petronas dsbgnya lihat serial / manufacturing no. dan masukkan nombor tersebut. Jika tiada resit, guna MyKad sila tambah nilai RM10 di Petronas dsbgnya terlebih dahulu dan rujuk serial no. pada resit tersebut.

Pada bahagian Preferred Card Name, masukkan nama anda.




4. Seterusnya pada bahagian verifikasi di atas, sila masukkan nombor pin yang dihantar melalui SMS ke telefon anda.








5. Tunggu selepas 15 minit, baru boleh guna Kad Touch 'n Go atau MyKad di tol ye. Sila guna kad tersebut seperti biasa tanpa menambah nilai ke Kad Touch 'n Go kerana bayaran akan dipotong secara automatik melalui ewallet Touch n' Go anda (pastikan mempunyai baki yang mencukupi di dalam ewallet Touch n Go). Sila rujuk dua gambar di atas.

Sekian terima kasih.

Sila semak senarai syarikat tol yang diliputi di bahagian Highway Coverage.




1 Komentar untuk "Cara bayar tol guna ewallet Touch n Go"

Terpercaya, Berpengalaman, CS ramah dan online 24 jam.
Gabung dengan kami (IONQQ".COM)


Back To Top