Panduan Lengkap Permohonan Bayaran Balik Wang Tak Dituntut (WTD) - Beritahu

Informasi segenap lapisan

Panduan Lengkap Permohonan Bayaran Balik Wang Tak Dituntut (WTD)



Ramai diantara kita tidak ambil kisah mengenai wang tidak dituntut ini. Ada diantaranya tidak tahu di mana nak tuntut wang tak dituntut tersebut. Mungkin kita rasa mana ada wang tidak dituntut selain wang yang kita ketahui sahaja.

Baiklah panduan lengkap cara semak wang yang tidak dituntut ini ditulis atas pengalaman penulis sendiri. Pada mulanya macam tidak percaya namun setelah membuat pendaftaran di laman tuntutan wang tersebut, barulah sedar bahawa ada terdapat sejumlah wang yang datang dari pelbagai sumber yang tidak aktif di atas nama penulis dikumpulkan di bawah seliaan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM).

Ramai rakyat Malaysia tidak mengetahui prosedur menuntut wang yang tidak dituntut ini. Hanya baru-baru ini, JANM membuka satu laman sesawang untuk memudahkan rakyat Malaysia menyemak wang tidak dituntut tersebut, barulah kita tahu bagaimana menyemak wang tidak dituntut tersebut.



Apa itu wang tak dituntut?

Ialah wang yang kena dibayar di sisi undang-undang kepada empunya tetapi tidak dibayar dalam satu tempoh lebih 1 tahun. Contohnya gaji, bonus dan lain-lain.



Selain itu ia merupakan wang dalam kredit sesuatu syarikat yang telah tidak dikendalikan lagi dan dibubarkan dan dipulangkan kepada pelanggan dalam bentuk apa sekalipun dinilai dalam bentuk wang tidak dituntut dalam tempoh tertentu seperti akaun simpanan, akaun semasa, akaun tetap dan lain-lain lagi.

Juga wang kredit sesuatu akaun dagangan tidak diniagakan lagi dalam tempoh kurang dari 2 tahun. Contohnya pemiutang dagangan dan penghutang dagangan berbaki/kredit seperti ASTRO, Telekom Malaysia dan lain-lain lagi..


Di mana semak wang tidak dituntut?

Orang awam boleh membuat semakan Wang Tak Dituntut (WTD) dengan menghadirkan diri ke kaunter Pejabat Pendaftar WTD di Tingkat 42, Menara Maybank Kuala Lunpur atau Kaunter Pejabat  JANM Cawangan Negeri di seluruh Malaysia.


Bagaimana cara wang tidak dituntut diserahkan kepada penuntut? Berapa lama proses WTD tersebut?

Wang tidak dituntut diserahkan kepada tuan empunya melalui kredit ke akaun bank penuntut tersebut. Proses WTD tersebut seawal sebulan hingga 3 ke 6 bulan. Pastikan akaun bank AKTIF.




Baiklah setelah mengetahui apa itu wang tidak dituntut dan di mana hendak membuat tuntutan, berikut adalah langkah-langkah dari mula hingga akhir yang mesti dilakukan untuk menyemak wang tak dituntut tersebut :-

Langkah 1 : Daftar diri di laman sesawang Egumis
Langkah 2 : Cetak Hasil Carian
Langkah 3 : Bawa dokumen berikut ke JANM cawangan berdekatan
Langkah 4 : Isi borang-borang berikut
Langkah 5 : Hantar kepada pegawai JANM


Langkah 1 : Daftar diri di laman sesawang Egumis, 

Sila ke laman sesawang egumis di bawah Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM). Untuk kali pertama, sila daftar dan berikan butiran yang betul;


  1. Belum daftar kali pertama SILA KLIK DI SINI
  2. Sudah daftar, log masuk SILA KLIK DI SINI, kemudian sila terus ke Perenggan A di bawah.




Sila pilih jenis pengenalan diri 'NOMBOR KP BARU', isikan nombor kad pengenalan baru anda. Seterusnya masukkan alamat emel anda, isikan nama pengguna (sebagai username) dan isikan Kata Laluan. Sila klik Saya mengakui telah membaca....ditetapkan.

Setelah melalui langkah di atas, satu emel pengesahan akan dihantar ke emel anda, sila klik emel tersebut untuk pengesahan. 



Perenggan A. Sekarang anda bolehlah log masuk ke laman sesawang Gumis, KLIK DI SINI. Di muka hadapan laman sesawang Gumis, sila klik "KLIK DISINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT".



Di ruang seterusnya ini, anda dikehendaki memasukkan Nombor Kad Pengenalan diri, kemudian tekan butang ENTER untuk carian WTD. Seterusnya, jika keputusan mendapati anda mempunyai rekod WTD tersebut, sila ke langkah selanjutnya, jika tiada rekod, kira selesai sudah. Anda juga boleh membuat semakan wang tak dituntut bagi pihak orang lain tetapi harus diingat, carian maksima adalah dua kali sehari sahaja.

Contoh hasil carian Gurmis berekod
Contoh hasil carian Gurmis tiada rekod


Langkah 2 : Cetak Hasil Carian



Baiklah setelah anda mendapati Hasil Carian terdapat rekod wang tidak dituntut oleh anda, sila cetak (print) Hasil Carian tersebut dengan menekan butang Cetak yang ada disediakan di laman tersebut.


Langkah 3 : Bawa dokumen berikut ke JANM cawangan berdekatan

Langkah seterusnya ini adalah penyediaan dokumen-dokumen yang hendak dibawa ke Jabatan Akauntan Negara Malaysia cawangan berdekatan. Dokumen-dokumen yang perlu dibawa ialah :-


  • 1 salinan hasil carian WTD (yang telah dicetak),
  • 1 salinan pengesahan nombor akaun bank anda (pastikan akaun AKTIF),
  • 1 salinan kad pengenalan anda (bawa kad pengenalan asal sebagai rujukan).

Setelah itu anda bolehlah pergi ke JANM cawangan berdekatan. Sila datang awal bagi mengelakkan kelewatan dan tidak dibenarkan masuk sekiranya sesak. 

Di pejabat JANM anda dikehendaki mengisi borang-borang berikut yang disediakan oleh pihak JANM :-


  1. Borang UMA-7
  2. Slip Butiran UMA-3



Setelah mengisi borang dan slip di atas, anda akan menyerahkan semua dokumen di atas termasuklah salinan hasil carian WTD, salinan pengesahan nombor akaun bank anda dan salinan kad pengenalan anda kepada pegawai JANM. Tunggu sebulan hingga 6 bulan untuk proses kemasukan kredit ke akaun bank anda. Selesai




Bagaimana cara menuntut wang tidak dituntut untuk si mati?

Untuk menuntut wang tidak dituntut bagi pihak si mati, anda mestilah berstatus waris kepada si mati atau bukan waris terdekat juga boleh menuntut tetapi mesti ada surat kuasa.

Dokumen yang mesti dibawa bersama ke JANM seperti :-


  1. 1 salinan Hasil carian WTD si mati (boleh dicetak dari egumis anda)
  2. 1 salinan Sijil Kematian (Sila bawa yang sijil asal sekiranya anda tidak cetak salinan Hasil carian WTD si mati)
  3. 1 salinan sijil kelahiran anda (bawa salinan asal sebagai rujukan JANM)
  4. 1 salinan pengesahan nombor akaun bank anda (pastikan akaun AKTIF)

Ambil perhatian : Sekiranya rekod WTD si mati kurang daripada RM2000, anda dikehendaki mengisi borang UMA-8 Bon Tanggungrugi (disediakan JANM). Sila isi borang tersebut lebih awal kerana anda perlu matikan setem hasil RM10.00 di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan ditandatangani oleh majistret atau pejabat pesuruhjaya sumpah bagi setiap butiran WTD si mati (cetakan WTD si mati tadi).

Sekiranya melebihi RM2000 dan ke atas, surat kuasa mentadbir harta pusaka yang dikeluarkan oleh mahkamah tinggi, jabatan ketua pengarah tanah & galian persekutuan (JKPTG) / Amanah Raya Berhad diperlukan (jika berkenaan).

^Sila share untuk manfaat bersama.







1 Komentar untuk "Panduan Lengkap Permohonan Bayaran Balik Wang Tak Dituntut (WTD)"

Terpercaya, Berpengalaman, CS ramah dan online 24 jam.
Gabung dengan kami (IONQQ".COM)


Back To Top