Jom kongsi cara tempah hotel dengan harga murah - Beritahu

Informasi segenap lapisan

Jom kongsi cara tempah hotel dengan harga murah




-----------------------------------------------------------------------------------

Salam sejahtera semua, apa khabar adik kakak. Harap semua dalam keadaan ceria dan sejahtera selalu. Baiklah, dalam mood ingin bercuti, bagaimana hendak anda gunakan sebaik mungkin seiring dengan bajet yang ada ye. Sudah semesti kita ingin berjalan ke tempat orang dalam suanana yang selesa. Ia seolah-olah kita boleh melawat Melaka atau Kuala Lumpur paling tidak dua tiga hari. Kalau nak sedap lagi boleh menginap 5 ke 6 hari, barulah puas rasanya. Tapi mampukah kita mengeluarkan bajet bercuti yang lebih? Ye memanglah mampu tapi lepas balik cuti, poket habis kering kontang.



Bagaimana nak dapat hotel murah?

Baiklah jikalau anda seorang yang suka buat tempahan hotel secara online, di sini ada beberapa cara bagaimana menempah hotel dengan harga murah. Anda boleh guna cara ini sekiranya anda sangat teliti tentang bajet menempah hotel murah. Kalau boleh bayar sikit, buat apa bayar lebih, bukan?

Cara tempah hotel murah secara online adalah seperti berikut :-


1. Buat perbandingan harga bilik hotel tempahan

Jika sebelum ini anda biasa buat tempahan online secara terus di laman tempahan umum seperti booking.com, agoda.com, Traveloka.com dan sebagainya, kali ini pastikan anda buat perbandingan harga hotel yang dipilih di laman Trivago, laman sesawamg tempahan umum dan laman sesawang hotel tersebut. Ini kerana kadang kala laman sesawang hotel tersebut menawarkan harga bilik yang lebih murah berbanding Trivago dan laman sesawang tempahan umum.

Traveloka


2. Batalkan tempahan hotel yang belum dibayar

Ini merupakan teknik yang biasa saya gunakan untuk bercuti. Apabila anda membuat tempahan di laman sesawang Agoda atau Booking, jangan terus bayar. Isi perincian nama, telefon, alamat, emel dan lain-lian seperti biasa. Di bahagian pembayaran, batalkan tempahan. Pastikan anda hanya menempah tanpa membuat bayaran lagi. Biasanya sehari dua selepas itu, anda akan mendapat tawaran tempahan bilik yang lebih rendah dari semalam yang dihantar melalui emel oleh laman tempahan umum itu. Untuk tujuan ini, pastikan juga anda tidak mendaftarkan nombor kad kredit atau debit anda di laman sesawang tersebut bagi mengelakkan bayaran terus secara auto booking.



3. Pilih Private Tab untuk survei

Sekiranya anda hanya buat tinjauan sahaja dari satu laman ke laman tempahan yang lain, sila pilih fungsi Private Tab untuk Mozilla Firefox atau Incognito untuk Chrome sebelum membuat tinjauan. Ini bagi mengelakkan kenaikan harga bilik hotel oleh laman tempahan tersebut sekiranya anda masuk kali kedua dan seterusnya kerana fungsi Private Tab atau Incognito adalah untuk mengelakkan anda daripada 'dikesan'. Idea ini biasa diguna juga oleh syarikat penerbangan apabila kita hendah membuat tempahan penerbangan seperti Airasia secara online.


4. Buat tempahan hotel pada waktu ideal

Waktu paling ideal membuat tempahan hotel ialah pada waktu malam atau tengah malam. Ini kerana kadangkala sekiranya di kesiangan, bilik yang anda inginkan sudah sold out tetapi di waktu tengah malam ia available. Bukan itu sahaja, harga bilik juga berbeza iaitu lebih murah lagi di waktu tengah malam. Cubalah buat untuk perbandingan.


5. Buat tempahan di laman sesawang yang ada mata (points)

Antara laman sesawang tempahan yang terbaik untuk mendapatkan pulangan seperti mata (points) ialah Agoda. Ia menawarkan pulangan Agodacash, diskaun dari Agodahomes dan potongan harga HARI INI.



Hasil daripada Agodacash dan mata Agodahomes yang dikumpul boleh ditebus melalui tempahan di masa hadapan.



6. OYO antara tempahan sesawang terbaik




OYO merupakan idea tempahan hotel online terbaru untuk membuat tempahan bilik pada kadar bayaran yang rendah (recommended). Walaupun masih baru di Malaysia, tetapi trafik penggunaannya sangat tinggi. Ini kerana selain tempahan bilik, OYO menyediakan ganjaran mata pendaftaran dan mata ganjaran untuk ahli yang mendaftar di bawah link anda. Selain itu anda boleh menebus mata ganjaran yang terkumpul dengan bilik tempahan di masa hadapan pada harga yang sangat rendah (boleh dikatakan tidak munasabah). 



Pada akhir tahun pula OYO menyediakan banyak ganjaran seperti potongan tempahan bilik hotel sehingga 70%. Selain itu terdapat games berbentuk ganjaran dan contest yang menyediakan hadiah lumayan seperti kupon potongan harga bilik, tiket wayang, Iphone 11 dan lain-lain lagi.



Hebat bukan? Sekiranya anda ingin mendapatkan ganjaran OYO Money sebanyak 100 sila DAFTAR di LINK berikut https://bit.ly/2PvwF05



Kesimpulan

Trend terkini tempahan hotel secara online sangat diminati ramai. Ini kerana kebanyakan tempahan hotel secara online dibuat menggunakan telefon pintar yang sangat menyenangkan pengguna. Bandingkan harga dan pastikan anda memuat turun aplikasi tempahan hotel di Google Play Store seperti Trivago, Agoda, Booking, Traveloka dan OYO.

Baiklah diharap perkongsian cara tempah hotel murah di atas dapat memberi manfaat kepada anda untuk membuat pilihan bilik hotel terbaik lagi murah untuk anda dan keluarga. Sekian.





1 Komentar untuk "Jom kongsi cara tempah hotel dengan harga murah"

Numpang promo ya min
Cari Komunitas b0La aman dan terpercaya? Daftar disni saja Upd4te Bettin9 ^.^


Back To Top