Sebelum itu pastikan anda melepasi syarat kelayakan memohon Geran Khas Prihatin (GKP) seperti yang telah ditetapkan kerajaan. Syarat-syaratnya ialah :-
- Warganegara Malaysia
- Jumlah perolehan tahunan kurang dari RM300,000
- Pekerja kurang daripada 5 orang (tidak termasuk pemilik)
- Berdaftar dengan LHDNM / SSM sebelum 31 Disember 2019
- Masih aktif menjalankan perniagaan
- Semakan silang data dengan agensi yang dilantik oleh MOF
Sekiranya anda memenuhi syarat permohonan Geran Khas Prihatin seperti di atas, bolehlah terus membuat semakan status GKP melalui laman sesawang rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di https://gkp.hasil.gov.my/Account/Login.aspx
Setelah itu sila masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan di atas dan tekan butang "Semak".
Sekiranya berjaya, maka status permohonan "LULUS" kelihatan seperti gambarajah di atas. Seandainya permohonan GKP gagal, anda boleh membuat permohonan rayuan Geran Khas Prihatin ini di laman sesawang rasmi GKP mulai 03 hingga 15 Jun 2020.
Ini seiring dengan hasrat kerajaan untuk memastikan pemohon GKP yang layak agar tidak tercicir daripada menerima Geran Khas Prihatin Mikro RM3000 ini.
Seterusnya status kelulusan permohonan rayuan GKP akan dimaklumkan mulai 22 Jun 2020. Manakala pembayarannya dijangka dibuat mulai 29 Jun 2020. Harap maklum.
1 Komentar untuk "Semakan Geran Khas Prihatin guna telefon pintar"
Terpercaya, Berpengalaman, CS ramah dan online 24 jam.
Gabung dengan kami (IONQQ".COM)
Sedia deposit pulsa juga (min 25rb)