|
| ke Laman UTAMA |
-----------------------------------------------------------------------------------
Semua mata mahukan kebebasan melihat. Apabila melihat sesuatu kalau ada gangguan pada mata, pasti rasa tidak selesa. Kali ini saya akan berkongsi cara atasi kabus pada spect apabila guna topeng muka.
Di musim PKPB ini, sudah tentu ramai yang menggunakan topeng muka untuk mengatasi penularan Covid 19. Maka kepada yang memakai cermin mata, sudah tentu merasa tidak selesa kerana kerap berlaku kabus pada cermin mata ketika memakai topeng muka tersebut.
Berikut merupakan petua elak cermin mata berkabus :-
1. Celupkan cermin mata dalam air sabun
Sebelum anda melangkah ke luar rumah, boleh amalkan petua ini dengan cara mencelup cermin mata dalam semangkuk air bersabun. Hanya celup dan biarkan kering seketika, jangan dibilas ye. Biarkan ia kering sendiri. Kemudian bolehlah memakainya seperti biasa bersama dengan topeng muka. Sudah pasti tiada kabus pada cermin mata kerana permukaannya licin. Sesampai di rumah bolehlah membilas cermin mata tersebut dengan air paip ye.
2. Guna tisu lembut
Letak tisu tersebut sebagai lapisan dalam topeng. Pastikan tisu tersebut menutupi bahagian atas topeng yang dipakai. Fungsi tisu memerangkap air semasa bernafas. Dengan cara ini dapat mengelakkan kabus terbentuk pada cermin mata anda.
3. Silang tali topeng muka
Ketika anda ingin memakai topeng, sila silangkan (twist) ikatan, iaitu dengan menyilang ikatan pada telinga (tali atas melalui bawah telinga dan tali atas melalui atas telinga). Dengan cara ini ikatan topeng bahagian atas akan lebih kemas untuk mengurangkan hembusan nafas keluar topeng, ia akan bertumpu bawah topeng (longgar dan naikkan sikit bahagian bawah topeng untuk memudahkan hembusan nafas keluar).
4. Guna cermin mata anti kabus
Inilah cara paling mudah. Dapatkan cermin mata anti kabus di kedai cermin mata berdekatan. Cermin mata yang direka khas ini mungkin sedikit mahal namun berbaloi dipakai semasa musim PKP ini.
Dengan perkongsian ini diharap dapatlah membantu anda yang memakai cermin mata daripada terus diselubungi kabus sentiasa. Sila kongsi atau share artikel ini sekira ianya berguna untuk semua.
1 Komentar untuk "Petua mengatasi cermin mata berkabus apabila pakai topeng muka"
Terpercaya, Berpengalaman, CS ramah dan online 24 jam.
Gabung dengan kami (IONQQ".COM)
Sedia deposit pulsa juga (min 25rb)