|
| ke Laman UTAMA |
-----------------------------------------------------------------------------------
Terus ya kita bincang cara jimat elektrik sekiranya memasang penghawa dingin di rumah.
1. Penghawa dingin yang bersesuaian dengan ruang
Sekiranya jika ruang bilik adalah kecil, sebaik-baiknya dapatkan penghawa dingin yang berkuasa kuda 1.0 hp sahaja. Seandainya ruang tamu adalah dua kali ganda bilik kecil, bolehlah memilih penghawa dingin dengan kuasa kuda 1.5 hingga 3.0 hp.
2. Sentiasa bersihkan jaring (filter) habuk di penghawa dingin
Perkara ini perlu dilakukan sekurang-kurangnya sekali sebulan dan sebaik-baiknya sekali dalam dua minggu sekiranya suasana persekitaran mudah berhabuk. Ini kerana penghawa dingin memerlukan pengaliran udara yang lancar untuk membuat kitaran udara penghawa udaraan. Sekiranya jaring tersebut dipenuhi habuk, maka kuasa elektrik yang banyak terpaksa digunakan dan ini secara automatik menyebabkan pengguna terpaksa membayar bil elektrik yang lebih.
3. Dapatkan penghawa dingin yang ada kemudahan inverter
Teknologi inverter merupakan satu kemudahan penggunaaan elektrik secara berhemah. Dengan adanya teknologi ini, pengguna boleh berjimat diantara 20% hingga 40% penggunaan penghawa dingin di rumah.
4. Servis 6 bulan sekali
Sentiasa beringat, bahawa penjenamaan penghawa dingin yang terbaik perlu dikekalkan bersama dengan maintenance. Servis bukan sekadar tukar gas tetapi perlu diingat bahawa penghawa dingin perlu dibuat major cucian habuk kerana ia menyebabkan udara kotor bisa dikitar semula dengan lancar,
Namun penghawa dingin yang tidak diservis akan menyebabkan fungsi penghawa dingin terganggu malahan boleh menyebabkan komponen dalamannya rosak. Oleh kerana itu selepas setahun penggunaannya, penghawa dingin tersebut perlu diservis untuk mengekalkan riwayatnya adalah lebih lama disamping mampu mengurangkan penggunaan tenaga elektrik.
5. Kekal suhu bilik
Sekurang-kurangnya dengan penggunaan suhu 25-27 darjah celsius yang berkekalan, ia telah menjimatkan penggunaan elektrik. Oleh itu penggunaan penghawa dingin diantara julat suhu di atas adalah dalam keadaan penjimatan elektrik yang terbaik.
1 Komentar untuk "Adakah cara jimat elektrik jika guna penghawa dingin"
IONQQ poker menyediakan :
BONUS CASHBACK 0.3% setiap senin
BONUS REFERAL 20% seumur hidup
Sedia deposit pulsa juga (min 25rb)