|
| ke Laman UTAMA |
-----------------------------------------------------------------------------------
Tuan/puan nak tak RM50 secara percuma dari kerajaan?? Jika ya sila daftar MySejahtera yang sangat mudah dan senang.
Apa MySejahtera?
MySejahtera adalah satu aplikasi yang direka oleh Kerajaan Malaysia 2020 bertujuan untuk membantu pengawasan penularan wabak COVID-19 di Malaysa dengan cara membenarkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri. Dengan cara ini, ia dapat membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mendapat maklumat awal bagi membendung penularan Covid 19 dengan lebih cepat dan efektif.
Selaras dengan perlaksanaan aplikasi MySejahtera ini, kerajaan Malaysia berbesar hati memberi RM50 secara percuma melalui aplikasi MySejahtera ini.
Janganlah bimbang kerana semua data di dalam MySejahtera adalah bertujuan untuk membendung Covid 19 dan bukanlah satu perkongsian umum. Pendek kata, semua maklumat pengguna akan terpelihara oleh kerajaan Malaysia.
Bagaimana untuk mendapatkan duit RM50 secara percuma?
Apa yang perlu dilakukan oleh pengguna ialah dengan mendaftar diri melalui aplikasi MySejahtera ini. Anda boleh mendaftar sama ada melalui telefon pintar atau komputer. Bagi tujuan pendaftaran melalui komputer silalah tekan di sini https://mysejahtera.malaysia.gov.my/register/
Manakala pendaftaran MySejahtera melalui telefon pintar, anda boleh melakukan langkah-langkah berikut :-
1. Sila ke Google Playstore, taipkan mysejahtera. Pilih opsyen MySejahtera dari list yang ada.
2. Sila tekan butang instal untuk aplikasi MySejahtera di bawah.
3. Setelah selesai muat turun, klik Open untuk ke aplikasi MySejahtera tersebut.
4. Setelah memasuki paparan page utama MySejahtera, sila klik Get Started.
5. Sebagai pengguna baru, sila buat pendaftaran terlebih dahulu dengan cara klik butang Register Here.
6. Di paparan ini, sila pilih bahasa, masukkan nombor telefon pintar anda. Seterusnya tekan I'm not a robot untuk membuat pengesahan.
7. Sila buat pengesahan imej seperti di bawah. Kemudian tekan butang VERIFY. (Ingat, sila beri jawapan-jawapan dengan betul dan tepat, sekira tidak betul, anda terpaksa mengulanginya bahagian ini lagi dan lagi).
8. Di bahagian ini, anda akan menerima Nombor OTP (One-Time Password). Untuk itu sila tunggu SMS dari MKN. Sekiranya selepas 5 minit, tiada menerima sebarang SMS, sila tekan opsyen butang Resend OTP untuk tujuan mendapatkan Nombor OTP yang baru.
9. Di paparan ini anda dikehendaki melengkapkan langkah 1 iaitu melengkapkan maklumat peribadi yang diminta.
10. Pada langkah 2, anda dikehendaki memasukkan kata laluan baru sebagai password aplikasi MySejahtera anda nanti. Kemudian tekan butang Confirm.
11. Selesai sudah. Sila tunggu maklum balas daripada MKN untuk pengaktifan akaun MySejahtera anda melalui emel atau SMS. Sekian terima kasih.
1 Komentar untuk "Segera dapatkan RM50 PERCUMA dari Kerajaan"
Modal 20rb menang ratusan hingga jutaan?
Disini tempatnya IONQQ (p0k3r-0nlin3)
Sedia deposit pulsa juga (min 25rb)