Guna telefon pintar sebagai virtual tablet sambung ke laptop - Beritahu

Informasi segenap lapisan

Guna telefon pintar sebagai virtual tablet sambung ke laptop

Assalammu'alaikum wbrth dan salam sejahtera semua, pada pertemuan kali ini, saya akan berkongsi dengan anda semua bagaimana menjadikan telefon pintar sebagai virtual tablet dan disambung ke laptop atau komputer sebagai paparan. 

Fungsinya boleh diguna untuk membuat penerangan lanjut menggunakan jari sebagai pen semasa persembahan powerpoint, ms paint dan lain-lain lagi. Yang penting menjimatkan. Tidak perlu berbelanja besar beli drawing tablet dan sebagainya. Baiklah ikuti cara menjadikan telefon pintar sebagai virtual tablet sambung ke laptop anda.

Syarat-syaratnya, anda perlu ada telefon pintar, laptop atau komputer dan wayar caj telefon tersebut. Itu sahaja. Ikut langkah-langkah berikut dengan tenang dan rileks ye.


A. Langkah-langkah setting di Komputer / laptop sebagai Virtual Tablet Server 

1. Buka enjin carian Google dan taip 'virtual tablet server'. Pilih carian 'Download - SUNNYSIDESOFT' dan OK. Rujuk gambar di bawah.


2. Skrol ke bawah dan di bahagian 'Server Applications (for PC)' pilih 'VirtualTablet Server for Windows' dan klik muat turun 'v3.0.2 Download Link'.


3. Klik dan unzip fail VirtualTabletServer_v3.0.2

4. Seterusnya klik 'Application' di bawah.


5. Kemudian klik 'Install'.


6. Sekiranya anda menghadapi masalah seperti di bawah, sila muat turun Microsoft .NET 3.5 terlebih dahulu. Klik OK dan 'Finish'. Muat turun perisian Microsoft tersebut dahulu. Buat carian 'Microsoft .NET 3.5' di enjin pencari Google dan muat turun.


7. Selesai muat turun Microsoft .NET 3.5 seperti gambar di bawah, ulangi semula langkah 4 dan 5. Klik 'Next' - 'Next' = 'Install'.


8. Selanjutnya pada paparan di bawah 'Would you like to install this device software?' Pilih butang 'Install'.


9. Seterusnya 'tick' kekotak 'Launch VirtualTablet Server', kemudian klik 'Finish' dan 'Close'. Apabila keluar pop-up box Do you want Make Bluetooth Discoverable? Pilih Yes. Sehingga keluar paparan di bawah. Sil klik butang 'Refresh'. Selanjutnya sila beralih ke telefon pintar sebagai papan putih pula. 



B. Langkah-langkah pemasangan Virtual Tablet Lite S-Pen di telefon pintar.

10. Taip Virtual s-pen dari Google Playstore. Dan klik VirtualTablet Lite (S-Pen).




11. Selesai sehingga ke paparan di bawah, bolehlah beralih arah ke 'Setting' telefon pintar pula.



C. Tukar 'Setting' di telefon pintar untuk ON USB debugging

12. Sila sambung wayar kabel caj telefon dari telefon ke laptop atau komputer yang telah dipasang server tadi (guna wayar 'caj hp' tersebut sahaja).

13. Kemudian sila buka 'Setting' telefon pintar anda. Cari dan klik 'About phone'. Seterusnya skrol ke bawah, cari dan klik 'Build number' sebanyak 4 kali.


14. Selepas automatik anda anda dapat melihat mesej ini 'You are now developer!' seperti gambar di bawah.


15. Selanjutnya di bawah segmen 'Developer options, cari 'USB debugging' dan klik tombol menjadi biru (ON).


16. Selepas keluar paparan seperti di bawah 'Allow USB debugging?' Klik Ok. Selanjutnya sila 'tick' kotak 'Always allow from this computer'. Dan kemudian klik 'Allow'.




17. Selepas itu buka aplikasi VirtualTablet di telefon pintar anda. Klik ikon USB kemudian klik butang 'CONNECT' seperti di bawah.


Sekarang silalah tulis menggunakan jari anda untuk ulasan di persembahan powerpoint, ms paint, adobe photoshop dan lain-lain lagi perisian yang boleh ditulis dengan menggunakan tangan. Namun anda digalakkan menggunakan Android pen yang boleh didapati di kedai gajet berhampiran atau di laman sesawang Shopee tulisan tangan yang lebih kemas lagi.


Sebelum keluar pastikan anda tekan butang 'Quit' di 'VirtualTablet Server' di laptop. Sekian.

Sila kongsi artikel ini sekiranya memberi manfaat pada semua ya. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa di sini.





-----------------------------------------------------------------------------------
1 Komentar untuk "Guna telefon pintar sebagai virtual tablet sambung ke laptop"

mari coba keberuntungan Anda bersama kami
deposit minimal 20rb bisa menangkan jutaan jika beruntung
tunggu apalagi, segera bergabung bersama kami di IONQQ"COM
Sedia deposit pulsa juga (min 25rb)


Back To Top