Bina Kuiz guna Telegram semudah ABC - Beritahu

Informasi segenap lapisan

Bina Kuiz guna Telegram semudah ABC


Salam sejahtera semua, perkongsian kali ini saya akan menerangkan bagaimana buat kuiz menggunakan Telegram.

Kuiz melalui Telegram adalah satu cabang selain Google Form, Quizezz dan lain-lain. Buat kuiz guna Telegram adalah sangat mudah sambil baring pun boleh reka. Apa yang penting siapkan modul soalan dahulu. Perlu dingat, soalan berbentuk pilihan jawapan di Telegram sahaja. 

Kelebihan Kuiz melalui Telegram adalah sangat mudah dan santai diterjemahkan. Ia bukan sahaja dapat melihat keputusan keseluruhan  secara mudah dan cepat malahan ada statistik kedudukan dan masa dijawab setiap peserta.

Yang penting kuiz ini boleh dibuat secara santai-santai dan amat menyenangkan. Ikuti langkah-langkah buat kuiz Telegram di bawah :-


1. Klik Telegram di telefon pintar anda. Di bahagian search, taip Quizbot dan klik.


2. Klik Start. Di paparan ini, anda boleh pilih bahasa yang hendak digunakan, English dan lain-lain. Anda boleh abaikan bahagian ini jika menggunakan Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu. Sila terus klik  Create New Quiz. 



3.  Di paparan di bawah, sila tuliskan tajuk seperti 'Indeks 3A3' dan klik enter.


4. Kemudian taipkan penerangan atau arahan seperti 'Jawab semua soalan.'


5. Seterusnya klik 'Create a question'.


6. Pada paparan di bawah, di bahagian 'Poll question', taip soalan dan di bahagian 'Quiz answers', taipkan pilihan jawapan. Anda boleh taip maksima 10 pilihan jawapan. Kemudian tandakan yang betul.


7. Pada paparan di atas juga, anda boleh ubah setting sama ada mahu client  yang jawab adalah sembarangan atau tidak. Saya memilih bukan Anonymous Voting boleh kenal siapa yang jawab dengan cara klik butang sebelah kanannya dari berwarna biru menjadi kelabu (tarik tombol bulat ke kiri). Kemudian anda boleh taip penerangan sekiranya jawapan salah di bahagian 'Add an explanation', seperti 'Percubaan yang baik' atau 'Jawapan salah, sila cuba lagi.' Ini bagus untuk tujuan pembelajaran.


8. Siap soalan pertama. Sekiranya soalan ada kesilapan, sila taip '/undo'. Sekiranya tiada masalah sila terus ke soalan kedua dengan klik 'Create a question'. Sila ulangi langkah 6 dan 7.

Cara masukkan soalan bergambar

9. Cara masuk soalan bergambar ke Telegram tersebut, anda boleh klik simbol pin pada sebelah kanan perkataan (seperti biasa anda masukkan gambar ke Telegram). Masukkan gambar dari sumber pilihan anda macam biasa. Tidak perlu tulis apa-apa. Kemudian klik 'Create a question'. Isikan soalan seperti langkah 6 dan 7). 




10. Setelah siap semua soalan, sila taip '/done' .  Kemudian pada paparan di bawah pilih masa yang diperuntukkan untuk setiap soalan. Maksima 5 minit.


11. Akhir sekali pada paparan di bawah, anda boleh pilih untuk 'Shuffle questions and answers option' atau tidak? Maknanya soalan dijawab tidak mengikut urutan, untuk ini saya memilih 'No Shuffle' iaitu ikut urutan. Kemudian kongsikan link yang diberikan dalam grup Telegram, whatsapp, facebook dan sebagainya. Siap.

Setelah anak murid menjawab 10 soalan di atas anda boleh melihat statistik keputusan dengan cara klik 'Quiz stats' di bawah.




Dari statistik di atas, murid bernama Joe Poon menjawab 10 soalan dengan betul dalam masa 2 minit 41 saat. Tahniah!

Sekian, terima kasih.

Sila SHARE artikel ini untuk kebaikan bersama.





-----------------------------------------------------------------------------------
0 Komentar untuk "Bina Kuiz guna Telegram semudah ABC"


Back To Top