Cara letak telefon bimbit dalam komputer anda - Beritahu

Informasi segenap lapisan

Cara letak telefon bimbit dalam komputer anda


Assalammu'alaikum dan salam sejahtera, kali ini saya akan berkongsi dengan anda cara letak telefon pintar dalam laptop atau komputer anda. 

Syarat-syaratnya mesti ada ada laptop atau komputer, telefon pintar dan rangkaian atau WIFI yang sama.

Baiklah, sila ikuti langkah-langkah berikut :-

 

1. Di telefon pintar anda, pasang Screen Mirror - Screen Sharing dari Google Playstore.



2. Pastikan telefon pintar dan laptop menggunakan rangkaian atau WIFI yang sama (hotspot pun boleh).




3. Selesai pemasangan, sila klik ikon Screen Mirror dan di paparan di bawah sila klik ikon berwarna merah di bahagian bawah sebelah kanan.



4. Pada paparan di bawah klik START NOW.


5. Pada laptop atau komputer anda, buka Google Chrome dan taip http://www.screenmirrorapp.com/  untuk pengesahan QR Code sebagai akses ke laptop atau komputer. Sila scan QR Code tersebut menggunakan aplikasi Screen Mirror di telefon pintar anda.



6. Nah sudah siap dan tolong jangan padam aplikasi tersebut di telefon pintar anda, minimize sahaja. Seterusnya boleh buka aplikasi whiteboard telefon pintar anda dan paparan keluar ke skrin laptop atau komputer anda. Mudah bukan?

Whiteboard pula anda boleh muat turun dari Google Playstore dengan menaip Whiteboard,  sila pilih mana yang disukai.

Kelebihan Whiteboard, contohnya sekiranya ada murid tidak faham persembahan powerpoint atau video tutorial yang sedang ditunjukkan, anda boleh capture picture terus dari hp dan buka imej tersebut di whiteboard dan bolehlah buat penerangan menggunakan Pen Android. Pen Android saya buat sendiri juga.



Selesai. Sekiranya bermanfaat, sila kongsi di FB. Telegram, Instagram dan lain-lain media sosial anda.

Sekian, terima kasih.





-----------------------------------------------------------------------------------

Back To Top