Telefon pintar percuma untuk pelajar sekolah - Beritahu

Informasi segenap lapisan

Telefon pintar percuma untuk pelajar sekolah


YTL Foundation dengan kerjasama YES dan FrogAsia telah melancarkan Bantuan Telefon Pintar secara PERCUMA.

Berita baik ini ditujukan khas untuk golongan B40. Ia bertujuan menbantu pelajar golongan B40 untuk mendapatkan smartphone secara percuma bagi tujuan Pengajaran dan Pembelajaran Dari Rumah (PdPR) semasa perlaksanaan PKPP Covid19 ini. Secara tidak langsung menggalakkan pelajar mengenali teknologi dan mengakses aplikasi terkini yang digunakan seperti ZOOM, Whatsapp, Google Classroom, Kuiz online dan sebagainya.

Bantuan percuma telefon pintar ini dilengkapi dengan data internet sebanyak 120GB (10 GB/bulan). Guru dan pihak sekolah seperti guru kelas dan kaunselor boleh mencadangkan pelajar yang berkelayakan dari golongan B40 untuk ibu bapa membuat permohonan bantuan telefon bimbit secara percuma ini untuk anak-anak mereka.

Antara perkara yang diperlukan ialah :-


Seterusnya pemohon boleh membuat permohonan bantuan telefon pintar percuma ini secara online di sini. Sila KLIK DI SINI 

Akhir sekali untuk menyemak status sama ada anda layak atau tidak, sila TEKAN DI SINI.

Sebarang pertanyaan atau permasalahan, sila hubungi pihak berkenaan di alamat berikut :-


YTL Foundation (421570-A)

Level 32, Menara YTL,

205, Jalan Bukit Bintang,

55100 Kuala Lumpur.


Emel : ytlfoundation@ytl.com.my

Tel : +603-20380888

Faks : +603-20380388





-----------------------------------------------------------------------------------
0 Komentar untuk "Telefon pintar percuma untuk pelajar sekolah"


Back To Top