Aplikasi Whatsapp henti perkhidmatan bermula 1 Januari 2021 - Beritahu

Informasi segenap lapisan

Aplikasi Whatsapp henti perkhidmatan bermula 1 Januari 2021


Bermula 1 Januari, dikhabarkan aplikasi Whatsapp di telefon iPhone dan Android model lama akan dihentikan perkhidmatannya.

Untuk terus relevan atau menggunakan perkhidmatan Whatsapp, sila pastikan anda memperbaharui Iphone anda sekurang-kurangnya ke sistem iOS 9 atau Android 4.0.3.

Pengguna Whatsapp versi lama tidak boleh lagi menghantar mesej anda selepas jam 12 tengah malam tahun Baru 2021. Sila ambil perhatikan kepada pengguna telefon pintar iPhone dan Android untuk bertindak segera semoga mereka dapat menghantar mesej "Selamat Tahun Baru 2021" selepas jam 12 tengah malam nanti.


Aplikasi Whatsapp tidak lagi berfungsi pada telefon pintar model lama kecuali diperbaharui ke sistem Apple atau Android terkini. Perkhidmatan Whatsapp ini akan hentikan perkhidmatannya mulai 1 Januari 2021.

Telefon pintar model lama yang dimaksudkan bagi Iphone ialah versi iPhone 4 ke bawah dan Android versi Android 4.0.2 ke bawah.



Pengguna telefon pintar model lama masih boleh menyelamatkan info di Whatsapp dengan membuat 'back up' mesej. Untuk melakukan ini sila klik 'Group Info'. Anda dikehendaki menekan butang 'Export Chat' kemudian boleh memilih sama ada memuat turun media sekali atau tidak.

Selepas 7 hari, dikhabarkan semua mesej akan dipadam daripada telefon penerima dan tuan punya telefon pintar tersebut secara automatiknya, maka tamatlah perkhidmatan Whatsapp di telefon pintar lama.


Rujukan : BirminghamLive




-----------------------------------------------------------------------------------
1 Komentar untuk "Aplikasi Whatsapp henti perkhidmatan bermula 1 Januari 2021"

Ayo mainkan kartu mu disini AjoQQ"c0m
Info lebih lanjut +855 969 190 856
Sedia deposit pulsa juga (min 20rb)


Back To Top