Kempis perut buncit guna cara paling mudah - Beritahu

Informasi segenap lapisan

Kempis perut buncit guna cara paling mudah




-----------------------------------------------------------------------------------

Setiap wanita mengidamkan bentuk badan yang ideal untuk mencapai kelangsungan hidup yang terbaik. Bentuk badan yang ideal adalah seperti mempunyai tubuh badan yang langsing dan mantap. Badan yang langsing sudah pasti mengiurkan dan mampu menarik perhatian si jejaka. Namun begitu, lelaki idaman wanita mestilah mempunyai ciri-ciri lelaki yang gagah dan ideal juga.

Bicara kali ini, admin ingin berkongsi cara bagaimana kempiskan perut yang buncit bagi seorang lelaki atau wanita. Namun tidak seperti wanita, hal ini hanya lelaki yang benar-benar kering hati sahaja yang akan berusaha untuk kempiskan perutnya, selebihnya hanya impian semata-mata. Maknanya semua lelaki inginkan tubuh badan yang ideal tanpa buncit tapi tidak berusaha ke arah itu.


Lelaki buncit nampak seksi? 

Lelaki buncit seksi?? Mungkin benar. Dari survei yang dijalankan, 3 daripada 10 wanita yang ditemui telah mengatakan sedemikian. Ini menjadikan ramai lelaki buncit merasa bangga dengan kebuncitan mereka. Namun jika dibiarkan sudah pasti mendatangkan kemudaratan

Jika anda seorang lelaki yang buncit, adakah anda akan membiarkan selamanya buncit? Jika tidak, sudah tentu anda akan berusaha untuk mengempiskan perut. Jika apa yang difikirkan adalah untuk kesihatan yang sihat, baik di sini admin akan kongsikan bagaimana cara untuk mengempiskan perut buncit tanpa modal yang besar.



Guna halia untuk kempiskan perut

Halia adalah bahan masakan yang mudah didapati di kedai runcit. Harga halia yang murah dan senang didapati menjadi faktor perkongsian cara kempiskan perut yang mudah dengan menggunakan halia pada kali ini. 


I. Cara kempiskan perut dengan cara minum halia

Cara ini sangat senang. Anda dikehendaki menyediakan segelas air suam. Selepas itu ambil sepotong halia sebesar ibu jari, tumbuk menggunakan lesung batu  (sekali tumbuk) lalu masukkan ke dalam segelas air suam. ila kacau air suam tersebut dan minum seperti biasa. Sekiranya anda kurang berminat dengan cara ini, air suam tersebut boleh dijadikan teh O. Ingat! Campurkan sesudu kecil gula sahaja sebagai penyedap rasa dan masukkan halia yang ditumbuk tadi. Kacau dan minum. Minum sekali pagi dan sekali malam. Amalkan ini setiap hari selama sebulan. Anda akan dapat melihat keberhasilannya nanti.



II. Lumur halia pada perut buncit

Ambil 5 batang halia sepanjang ibu jari. Tumbuk kesemuanya hingga lumat. Ambil kain saiz tali pinggang anda untuk dibuat bengkung badan.

Sila tabur dan lumurkan halia yang telah ditumbuk lumat tadi ke atas perut buncit. Kemudian ikat kain bengkung tadi sebagai tali pinggang, ikat kemas dan selesa. Biarkan semalaman (lakukan ini sebelum tidur malam). Amalkan selama seminggu (minima), anda akan lihat keberkesanannya nanti.


Perhatian : Berhati-hati, kesan lumuran pada perut akan menyebabkan kepanasan melampau dan meninggalkan kesan merah pada badan dan kepeluhan badan selama beberapa seketika, namun kesan itu akan hilang juga nanti.

Baiklah cukuplah dua cara kempiskan perut buncit dengan menggunakan halia untuk diamalkan oleh lelaki dan wanita. Namun ada perkara lain yang perlu dikawal. Contohnya kurangkan pengambilan ais seperti teh ais, jus tembikai berais, aiskrim dan makanan serta minuman berais. Ini kerana ia akan merencat proses pengecutan perut buncit tersebut.

Admin yakin amalan ini sebenarnya sudah cukup untuk mengempiskan perut yang buncit tanpa perlu mengambil suppliment yang berada di pasaran. Semoga anda berjaya. Sekian terima kasih. 


1 Komentar untuk "Kempis perut buncit guna cara paling mudah"

Admin numpang promo ya
cuma disini tempatnya game online proses mudah,cepat dan terjamin 1onQQ ^^
Bisa dp via pulsa juga (min 25rb)


Back To Top