Cara lajukan laptop yang slow - Beritahu

Informasi segenap lapisan

Cara lajukan laptop yang slow




-----------------------------------------------------------------------------------

Data Cache merupakan suatu maklumat terhasil daripada laman sesawang atau aplikasi yang disimpan dalam cakera padat bertujuan mempercepatkan proses melayari internet. 

Ia disimpan dalam fail utama seperti temp folder. Selama ia disimpan, ia akan menghasilkan banyak folder yang redundant yang akhirnya menjadikan proses capaian sesuatu data oleh pengguna akan menjadi lambat atau lebih teruk lagi akan menjadikan komputer stuck / hang. Maknanya laptop yang banyak sampah, akan menjadikan fungsi capaian akan menjadi perlahan dan semakin perlahan.

Justeru sebagai pengguna, kita mesti tahu cara bagaimana clear cache dari laptop atau komputer secara manual untuk mengembalikan capaian data dalam laptop berfungsi seperti biasa dan mudah dicapai. Berikut adalah langkah demi langkah disediakan untuk clear cache laptop anda.


Cara clear sampah dalam laptop 

Anda boleh merujuk gambar di bawah yang telah disusun secara A to Z. Setiap gambar diberi penjelasan.

i. Taipkan %temp% dalam kekotak Run. (Untuk memanggil kekotak Run, sila taip Run pada ikon kanta yang terdapat di bahagian Start Menu atau taskbar bawah desktop anda). Kemudian klik OK.



ii. Anda kini berada di dalam folder temp. Sila lihat folder jenis .TMP. Bolehlah highlight semua fail jenis tersebut dan tekan butang DEL (padamkan). Sila layari hingga ke bawah untuk mencari fail jenis tersebut.



iii.  Seterusnya padam sampah dalam folder prefetch



Untuk tujuan ini, sila close folder temp, taip semula kekotak Run, taip perkataan prefetch dan tekan butang OK.


iv. Sila padam semua fail dalam folder prefetch.


Semasa berada di folder prefetch, sila highlight semua fail di dalamnya dan tekan butang DEL. Selesai.


Dua cara di atas sudah memadai untuk anda mengoptimis kelajuan laptop pada kadar biasa. Ada juga cara lain untuk menyelesaikan perkara di atas tetapi berbayar. Kalau boleh dapat percuma, kenapa perlu bayar, kan?

Anda boleh mencuci sampah di temp dan prefetch sekurang-kurangnya sekali seminggu atau sebulan sekali. 

Selamat mencuba.

2 Komentar untuk "Cara lajukan laptop yang slow"

Admin numpang promo ya
cuma disini tempatnya game online proses mudah,cepat dan terjamin 1onQQ ^^
Bisa dp via pulsa juga (min 25rb)


Back To Top