Hat Yai destinasi menarik untuk bershopping dan makanan halal - Beritahu

Informasi segenap lapisan

Hat Yai destinasi menarik untuk bershopping dan makanan halal


Nama asal Hat Yai ialah Khok Samet Chun merupakan sebuah kampung kecil. Hat Yai diucap sebagai Haad Yai atau Had Yai atau หาดใหญ่, (diucap hàːt jàj). "Hat Yai" adalah versi pendek "mahat yai", yang bermakna pokok mahat (jenis pokok nangka).



Hat Yai merupakan percutian bajet. Terdapat banyak hotel murah dan backpack. Keretapi pun jenis lama. Banyak berjalan kaki sekitar Bandar Hat Yai. Di sini majoriti penjual boleh bertutur dalam Bahasa Melayu. Harga barang tinggi boleh tawar menawar, tiada masalah.

Sekiranya ingin menggunakan telefon Android atau iPhone sila pasti anda beli simkad DTAC dan tambah 1.5 GB data internet. Ini kerana sekiranya membuat panggilan telefon dan sebagainya ke Malaysia, caj penggunaan lebih murah berbanding servis perkhidmatan telco yang sedang kita gunakan di Malaysia.



Lokasi Hatyai


Hatyai terletak di selatan Thailand dan berhampiran sempadan negara Malaysia. Lebih kurang 932.04 km dari Bangkok dan 57.3 km dari Padang Besar, Perlis Malaysia.

Hatyai terletak dalam daerah Songkhla mempunyai keluasan bandar 21 km persegi dan populasi penduduk tahun 2019 dijangka seramai lebih kurang 156 601.


Bagaimana nak ke Hatyai dari Malaysia?

Di sini ada beberapa pilihan hendak ke Hat Yai dari Malaysia. Sekiranya anda memandu kereta sendiri atau teksi, lebih kurang 49 minit sahaja dari Padang Besar Perlis. Bayaran teksi lebih kurang RM75 hingga RM95. Sekiranya menaiki minivan pula, lebih kurang RM7 dan mengambil masa lebih kurang 1 jam 23 minit dari sempadan Padang Besar.

Manakala perjalanan dari Golok melalui sempadan Rantau Panjang, Kelantan ke Hatyai lebih kurang 3 jam 49 minit menggunakan kereta sendiri. Selain itu, lebih kurang 4 hingga 5 jam perjalanan sekiranya menaiki keretapi dengan harga RM40 hingga RM150. Bayaran teksi pula sebanyak RM420 hingga RM500. (Pesanan : Untuk keretapi, sila sediakan bantal kecil kerana kerusinya sangat keras).



Sekiranya melalui udara, anda boleh terbang dari Pulau Pinang, Subang, Kuala Lumpur dan Johor Bahru terus ke Lapangan Terbang Antarabangsa Hat Yai.



Sekira tidak menaiki kenderaan sendiri, sampai sahaja di Hatyai, anda boleh guna perkhidmatan Tuktuk atau Grab. Tuktuk ialah perkhidmatan teksi terbuka duduk di belakang berbumbung terbuka (pickup).

Masuk Thailand guna Pas Sempadan atau Pasport Antarabangsa


Bagi orang Malaysia mempunyai kerakyatan negeri Perlis, Kedah, Perak dan Kelantan, bolehlah mendapatkan Pas Sempadan di Pejabat Imigresen atau UTC dengan bayaran sebanyak RM10 sahaja. Selain negeri di atas, sila guna Pasport Antarabangsa untuk ke Hat Yai.


Tempat menginap Hat Yai / Hotel Hat Yai

Terlalu banyak hotel di Hat Yai (beratus-ratus). Ada hotel bajet Hat Yai atau hotel murah Hat Yai dan juga hotel mewah. Berikut adalah senarai hotel bajet Hat Yai. Berikut adalah pilihan yang kami mampu adakan. Lain-lain boleh cari di internet ye.

Signature Hotel Hat Yai

  • Signature Hotel Hatyai 4 Bintang (RM82++)
  • Buri Sriphu Boutique Hotel 4 Bintang (RM98++)
  • Crystal Hotel Hat Yai 4 Bintang (RM186++)
  • Siam Oriental Hotel 4 Bintang (RM129++)
  • PM Residence 3 Bintang (RM88++)
  • Bye-Bye Mansion 3 Bintang (RM77++)
  • Bhava Residence 3 Bintang (RM90++)
  • Hat Yai Central Hotel 3 Bintang (RM69++)
  • Red Planet Hat Yai 3 Bintang (RM94++)
  • LeeVaNa Hotel 3 Bintang (RM91++)
  • Lee Gardens Hotel 3 Bintang (RM83++)
  • Neo Hat Yai Hotel 3 Bintang (86++)
  • Hi Season Hotel 3 Bintang (RM67++)
  • Hatyai Dee Hostel 2 Bintang (RM33++)
  • Hatyai Merridian Hotel 2 Bintang (RM85++)
  • Hat Yai Youth Hostel 1 Bintang (RM54++)
  • Get GuestHouse (RM58++)
  • Get GuestHouse Sangsri 4 (RM90++)



Boleh cari di laman sesawang trivago, tripadvisor, hotels, booking.com, agoda.com, tripadvisor.com, Expedia dan lain-lain lagi.


Tempat menarik di Hatyai

Banyak tempat menarik di Hat Yai yang boleh anda lawati. Berikut hanyalah sebahagian sahaja yang disenarai pendekkan untuk anda. Antaranya ialah :-


Taman Perbandaran Hat Yai (Hat Yai Municipal Park)


Di Taman Perbandaran Hat Yai terdapat banyak patung Buddha. Diantaranya ialah patung besar Guan Yin, Patung Buddha Ketawa, Patung Buddha Berdiri dan lain-lain lagi.

Lokasinya terletak 7.5 km dari Pusat Bandar Hat Yai, lebih kurang 20 minit dari pusat bandar.


Kereta Kabel Hat Yai (Hat Yai Cable Car)

Ia telah dibuka pada bulan Disember 2011. Ia merupakan kemudahan tambahan kepada Taman Perbandaran Hat Yai (Municipal Park). Terletak lebih kurang 7.6 km dari Pusat Bandar Hat Yai (lebih kurang 22 minit menaiki kenderaan).


Waktu operasi dari jam 9 pagi hingga 8 malam. Harga tiket adalah seperti berikut :-



Warganegara Thai

  1. Dewasa 200 Baht
  2. Kanak-kanak 100 Baht


Bukan Warnanegara

  1. Dewasa 300 Baht
  2. Kanak-kanak 150 Baht


Terdapat 4 stesyen hentian kereta kabel diantaranya ialah Thao Maha Phrom, Phra Buddha Mongkol Maharaj, Guan Yin dan Taman Permainan Hat Yai.


Magic Eye 3D Museum


Muzium ini dibuka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 6 petang. Ia terletak lebih kurang 14 minit perjalanan dari pusat bandar iaitu 5.3 km dari bandar. Terdapat pelbagai jenis gambar dinding 3D yang menarik.


Selain itu pihak pengurusan mengadakan pertunjukan silap mata berjadual oleh Kumpulan Black Crystal yang terkenal di Thailand selama 45 minit di teater muzium berkenaan.





Harga tiket seperti berikut :-

Dewasa berumur 12 tahun ke atas - 400 Baht (lebih kurang RM54++)
Kanak-Kanak 300 Baht (lebih kurang RM41++)

Warga emas 70 tahun ke atas dan kanak-kanak bawah 4 tahun dengan ketinggian bawah 80 cm masuk percuma.


Pusat Masjid Songkhla (Centre Mosque Songkhla)



Centre Mosque Songkhla masjid terbesar di Thailand dan terletak 9.6 km dari Pusat Bandar Hat Yai. Terletak di kawasan yang damai dan persekitaran yang luas mata memandang. Perjalanan lebih kurang 22 minit dari pusat bandar.


Phra Maha Chedi Tripob Trimongkol (Pagoda Besi)

Ia terletak lebih kurang 10.3 km dari Pusat Bandar Hat Yai. Ia juga dikenali sebagai Kuil Pagoda Besi. Perjalanan ke sini lebih kurang 28 minit dari Hat Yai.

Pagoda Besi


Pada waktu malam


Thale Noi Waterbird Park

Thale Noi bermaksud 'tasik kecil'. Terletak do Patthalung, Songkla lebih kurang 128.8 km dari Hat Yai lebih kurang 2 jam 19 minit memandu kereta.

Thale Noi Waterbird Park
Ukiran Ikan Duyung Emas di Pantai Samila

Khu Khut Waterfowl Park

Berkeluasan lebih kurang 91000 ekar persegi. Ia terletak lebih kurang 67.7 km dari Hat Yai.  Khu Khut Waterfowl Park merupakan tempat mesti singgah oleh setiap pencinta alam semula jadi. Terdapat lebih kurang 200 spesies burung boleh dilihat di sini. Masa terbaik untuk menyaksikan keajaiban alam flora dan fauna ini ialah sekitar bulan Disember hingga Mac.

Lebih 200 spesies burung di Khu Kut Waterfowl Park


Tempat membeli-belah menarik di Hat Yai

Plaza Market

Greenway Night Market
Pandangan dari atas Bazar Malam ASEAN
Lain-lain tempat menarik di Hat Yai ialah :-
  • Central Department Store Hat Yai
  • Kimyong Market
  • Nora Plaza
  • Lee Plaza
  • Kaysorn
  • Dan lain-lain lagi.



Tempat makan Halal di Hat Yai / Kedai Makan Halal Hat Yai

Pasar Malam ASEAN (ASEAN Night Bazaar / Market)

Pasar / Bazar Malam ASEAN

Pelbagai Air buah di Pasar Malam ASEAN

Pelbagai Dim Sum Pasar Malam ASEAN

Restoran Kelantan Hat Yai

Perjalanan ke Restoran Kelantan mengambil masa 4 minit sahaja iaitu lebih kurang 1.1 km sahaja dari Pusat Bandar Hat Yai. Restoran ini dibuka seawal jam 7 pagi hingga 10 malam setiap hari. Ia menghidangkan makanan laut bajet sedap seperti tom yam campur, nasi putih daging masak kicap dan lain-lain lagi. Minuman sedap dan istimewa seperti coconut shake special dan lain-lain lagi.







Restoran Kelantan


Pasar Terapung KlongHae (KlongHae Floating Market)

Pasar terapung KlongHae ini terletak di utara Bandar Hat Yai. Jaraknya lebih kurang 5.5 km dari Pusat Bandar Hat Yai dan mengambil masa 10 minit perjalanan dari bandar. Ia dibuka setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad bermula jam 1 petang hingga 9 malam.

Pelbagai makanan istimewa Thailand boleh didapati di sini. Ini kerana ia adalah destinasi wajib pergi di Hat Yai.

Papan Tanda Pasar Terapung KlongHae 






Chabura Dim Sum


Ini merupakan tempat wajib pergi di Hat Yai sekiranya anda peminat dim sum. Inilah tempat yang terbaik untuk anda merasai kenikmatannya kerana harga sebentuk dim sum adalah murah. Ye di Chabura Dim Sum harga makanannya adalah murah, boleh makan banyak.



Ia terletak di dalam kawasan Khlong Hae berhampiran Pasar Terapung Khlong Hae. Dibuka setiap hari dari jam 6 pagi hingga 2 petang.


Aliff  Hot Pot Buffet (Steamboat)




Ia merupakan makananan stimbot antara terbaik di Hat Yai dengan harga berpatutan. Terletak di Barat Hat Yai, lebih kurang 8 minit perjalanan kenderaan ke sana (3.4 km) dari Pusat Bandar Hat Yai. Ia dibuka setiap hari kecuali hari Rabu. Waktu beroperasi bermula dari jam 4 petang hingga 11 malam.



Untuk cita rasa roti canai dan nasi kandar dan pelbagai lagi, terdapat Restoran Makanan Muslim Maliam, Restoran Salma, Restoran Sulaiman, Restoran Hamid, Lee Garden Food Market dan lain-lain lagi di Pusat Bandar Hat Yai
Keseluruhannya Hat Yai adalah salah satu tempat menarik di selatan Thailand. Hat Yai mempunyai banyak tempat shopping, tempat menarik dan banyak restoran makanan halal yang banyak dan variati. Banyak lagi destinasi menarik di Hat Yai yang boleh anda dapati di sana.



1 Komentar untuk "Hat Yai destinasi menarik untuk bershopping dan makanan halal"

Upd4te Bett1ng Komunitas b0La terpercaya di 1nd0nesia
Ayo buruan daftar!!


Back To Top