Asal usul Chikungunya
Chikungunya pertama sekali dikesan di Tanzania pada tahun 1952/53. Ia berlaku di kebanyakan negara-negara Afrika, Asia dan akhir-akhir ini di beberapa negara Eropah.
Ia juga dikesan di kebanyakan negara Sub Sahara Afrika, India dan Asia Tenggara.
Chikungunya sejenis penyakit berjangkit disebabkan oleh virus chikungunya (CHIKV) bawaan nyamuk Aedes.
Tanda-tanda penyakit Chikungunya adalah melalui demam dan sakit sendi yang berpanjangan. Ini berlarutan dari 2 hingga 12 hari selepas jangkitan. Pengeraman kebiasaannya 3 hingga 7 hari.
Chikungunya boleh membunuh manusia?
Secara umum, Chikungunya tidak membawa maut tetapi rasa sakitnya boleh menyebabkan ramai pesakit mengatakan "Ia tidak boleh bunuh anda tetapi ia rasa macam nak mati".
Bagaimana Chikungunya berlaku?
Chikungunya ialah virus yang tersebar kepada manusia melalui gigitan nyamuk Aedes terutama nyamuk Aedes betina iaitu Aedes Aegypti atau Aedes Albopictus. Ia merupakan spesies nyamuk tropika pembawa virus denggi.
Penyakit Chikungunya kadangkala disalah tafsir sebagai demam denggi kerana tanda-tanda penyakit ini menyamai demam denggi. Sila dapatkan rawatan awal di hospital berdekatan anda jika berlaku tanda-tanda demam panas dan sakit sendi.
Apa perbezaan Chikungunya dan demam denggi?
Chikungunya tidak menyebabkan kesan pendarahan yang kuat seperti renjatan atau kematian. Pesakit perlu masa rehat secukupnya serta rawatan asimptomatik. Dalam masa lebih kurang 7 hari boleh sembuh sendiri (dengan izin Tuhan).
Bolehkah Chikungunya berlaku di kawasan anda?
Ye boleh kerana penyakit ini dibawa oleh nyamuk Aegypti atau Aedes Albopictus yang terdapat di negara kita.
Untuk mengurangkan risiko penyakit ini, sila bersihkan kawasan rumah dan persekitarannya supaya bebas daripada tempat pembiakan nyamuk Aedes. Contohnya aktiviti gotong-royong dan pembersihan yang mesti selalu diadakan di kawasan anda.
Ambil langkah awal ke hospital atau klinik berdekatan apabila berlaku demam dan sakit sendi berterusan. Sekian.
1 Komentar untuk "Benarkah penyakit Chikungunya boleh bawa maut?"
Cari uan9 sampingan ??
Hubung! kami (WA: +855 979 542 957 / Line : updatebetting) ^^