Ape cer kanak-kanak hilang di resort tu? Sap kok dlu. - Beritahu

Informasi segenap lapisan

Ape cer kanak-kanak hilang di resort tu? Sap kok dlu.



Hari ini sahaja banyak cerita. Dari satu cerita ke satu cerita, pasti tidak senang tidur dibuatnya. Apa yang dikecoh-kecohkan? Serahkan pada yang berkuasa. Biar mereka perhalusinya kerana memang tugas mereka. Namun realitinya mereka adalah manusia biasa, lainlah kalau serahkan kepada yang Maha Kuasa, barulah adil seadilnya, kan?

Misteri kehilangan Nora Anne Quoirin, 15 tahun sudah hampir selesai setelah mayat seorang kanak-kanak perempuan telah dijumpai dalam lingkungan 2.5 km dari tempat penginapan resort keluarganya. Kehilangannya selepas sehari bermalam di resort tersebut telah mencetuskan kekecohan setelah remaja perempuan berkenaan disedari hilang dari tempat menginap seawal jam 8 pagi hari berikutnya.

Seluruh jentera termasuk polis, bomba, Platun Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA), Komando VAT 69 turut terlibat mencari kanak-kanak hilang ini. Operasi SAR melalui udara dan teknologi canggih dron dan sebagainya digunakan bagi memperhebatkan gerakan pencarian kanak-kanak irish tersebut. Ikhtiar melalui rakaman suara ibu Nora Anne dengan panggilan manja antara usaha yang digunakan namun masih menemui jalan buntu.



Masuk hari kesembilan, pasukan polis Ireland, England dan Perancis tiba bagi membantu pencarian Nora Anne. Juga turut membantu pengamal perubatan Islam dan orang asli berhampiran.


Sehingga hari kesepuluh operasi SAR, jam 1.57 tengah hari mayat seorang wanita berkulit putih telah ditemui polis kira-kira 2.5 km dari resort The Dusun, Pantai. Polis mengesahkan mayat tersebut ialah Nora Anne Quoirin yang hilang dari resort penginapannya setelah keluarga remaja berkenaan membuat pengecaman.


Kita ucapkan takziah kepada keluarga Nora Anne. Semoga tabah menghadapi musibah ini. Kehilangannya menjadikan kita semakin mengenali antara satu sama lain dan sangat prihatin terhadap kehilangan anak-anak terutama kanak-kanak istimewa ini.


Inilah sebenarnya sikap positif rakyat Malaysia, kita sangat peka dalam menghulurkan bantuan dan pertolongan. Kita sanggup mengorbankan masa dan juga wang ringgit dalam hal berkaitan  kekeluargaan walau masalah timbul bukan dari ahli keluarga kita sekali pun.


Apa yang boleh dikongsikan di sini ialah sejak dahulu sehingga kini sebagai rakyat Malaysia, kita mampu duduk bersama-sama dan bersatu dalam perbincangan dan boleh menyelesaikan sesuatu perkara-perkara berbangkit walau berlainan kulit, bangsa dan fahaman politik demi memastikan kedaulatan dan kestabilan negara Malaysia sentiasa terpelihara dan utuh di mata dunia agar tidak mudah dicemari oleh anasir-anasir jahat dari luar.


0 Komentar untuk "Ape cer kanak-kanak hilang di resort tu? Sap kok dlu."


Back To Top