Semak Subsidi Minyak (PSP) 2019 - Beritahu

Informasi segenap lapisan

Semak Subsidi Minyak (PSP) 2019



Adakah anda layak untuk mendapat subsidi petrol 2019 ini? Untuk itu, sila rujuk manual bagaimana cara semak subsidi minyak di bawah.



SILA BACA MANUAL LAMAN SESAWANG KELAYAKAN SUBSIDI PETROL DI BAWAH TERLEBIH DAHULU.



PROGRAM SUBSIDI PETROL (PSP)


1. Klik butang SEMAK KELAYAKAN
2. Masukkan No.MyKAD anda, tandakan kotak "Saya faham dan bersetuju". Tekan butang SEMAK (warna merah). Jika salah isi Nombor kad pengenalan, pilih butang SET SEMULA. Jika ok terus ke butang SEMAK.



3. Jika anda layak, akan terpapar 'Status Kelayakan : LAYAK'. Tahniah! Sila semak Nama, Nama Bank, Nombor Akaun anda adalah betul. Sekiranya anda menggunakan bank lain sebagai bank pembayar, sila tekan butang Kemas kini untuk tukar kepada No.Akaun bank tersebut. Ingat! Pastikan bank pembayar anda masukkan adalah AKTIF.



4. Setelah melihat jumlah bayaran kelayakan bolehlah anda menekan butang Tutup sekiranya tiada kemas kini. Tetapi sekiranya anda membuat Kemas kini seperti tukar No.Akaun tadi, sila pilih butang Simpan.



5, Sekiranya anda mendapat RM30, tahniah! Anda layak menerima RM30 tiap-tiap bulan selama mana ia dikuatkuasakan. Tunggu duit minyak masuk terus ke akaun anda tiap-tiap bulan. Terima Kerajaan Malaysia!

 



6. Sekiranya Status Kelayakan TIDAK LAYAK dan anda ingin merayu, sila tekan butang Ingin Merayu.


7. Isikan Nama penuh (mengikut kad pengenalan), Nama Bank dan No.Akaun. Diingatkan sekali lagi, pastikan status No.Akaun adalah AKTIF. Akhir sekali tekan butang Simpan dan Tutup tetingkap. Tunggu semakan dari pihak berwajib. Sila semak seminggu dua kemudian, harap maklum.

Semak subsidi petrol, KLIK DI SINI https://psp.kpdnhep.gov.my/

Itu sahaja. Sekian.



0 Komentar untuk "Semak Subsidi Minyak (PSP) 2019"


Back To Top