Cara tukar hp sebagai papan putih wifi ke laptop


Salam sejahtera semua, kali ini saya akan kongsikan cara bagaimana telefon pintar sebagai visualizer atau paparan papan putih. Tujuannya adalah untuk memberi penerangan yang lebih jelas seperti cara menyelesaikan permasalahan tambah tolak di papan putih. Dengan memberikan penerangan menggunakan pen dan kertas, ahli-ahli atau anak murid akan lebih memahami permasalahan yang ditunjukkan dalam bahan sokongan lain seperti di Powerpoint dan sebagainya. Konsepnya hp sebagai visualiser adalah sama seperti webcam atau cctv. 

Baiklah syaratnya mesti ada perkara berikut :-

1. Laptop atau komputer

2. Telefon pintar

3. Pemegang telefon (handphone standholder) - pastikan gripnya kuat

*4. Lampu (tambahan sekiranya untuk mendapatkan paparan lebih jelas lagi)


Langkah pertama mesti jadikan telefon pintar sebagai webcam. Untuk itu, buka telofon pintar anda dan sila ke google playstore dan install  aplikasi DroidCam. Rujuk gambar-gambar di bawah.




Sila pilih WHILE USING THE APP.

Sila pilih WHILE USING THE APP.



Sila ingat alamat IP di atas.


Siap sudah pemasangan aplikasi DroidCam di telefon pintar. Seterusnya buka laptop atau komputer. Pastikan wifi ON dan pilih Google Chrome.

Di bahagian alamat sesawang sila taip nombor IP yang tertera di dalam telefon pintar anda iaitu 192.168.0.124:4747/  dan tekan butang enter.


Selesai. Anda boleh nampak aktiviti di kamera hp di laptop atau komputer anda.





Itu sahaja perkongsian kali ini. Semoga memberi manfaat kepada kita semua. Kaedah ini sangat mudah dan menjimatkan masa. Kita boleh menerangkan sesuatu dengan menggunakan pen dan kertas seolah-olah menggunakan marker pen di papan putih.

Akhir sekali jangan lupa log out DroidCam di telefon pintar anda. Rujuk gambar di bawah.



Pastikan anda mendapatkan hp standholder yang mempunyai cengkaman yang kuat untuk mengelakkan telefon pintar terjatuh semasa menggunakannya. Ia boleh didapati di shopee atau kedai gajet di kawasan anda.

Sila kongsi artikel ini untuk manfaat semua. Sekian terima kasih.


 






-----------------------------------------------------------------------------------

7 comments:

  1. IONQQ poker menyediakan :
    BONUS CASHBACK 0.3% setiap senin
    BONUS REFERAL 20% seumur hidup
    Sedia deposit pulsa juga (min 25rb)

    ReplyDelete
  2. Memang sempoi... Terima kasih...

    ReplyDelete
  3. Terbaik! Terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas tunjuk ajar. Ilmu baru bagi saya yang sangat berguna.

    ReplyDelete